CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pegang-Pegang Dada, Bapa Lima Anak Buat Amang Seksual Terhadap Budak 10 Tahun

22-12-2022 01:43 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1192| Komen: 9

ALOR SETAR: Seorang bapa kepada lima anak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun, dua minggu lalu.


Tertuduh yang berusia 56 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Jean Sharmila Jesudason.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut kira-kira pukul 8.40 malam, 10 Disember lalu.


Foto: Utusan Online

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Kampung Bahagia, Mukim Guar Kepayang di Pendang, dekat sini.

Dalam pertuduhan dihadapinya, dia didakwa dengan maksud seksual memegang dada kanak-kanak berkenaan yang difahamkan memiliki hubungan persaudaraan dengannya.


Sehubungan itu, lelaki itu didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan disebat.

Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Negeri, Nor Syaliati Mohd. Sobri manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu Nor Syaliati memohon agar mahkamah menawarkan kadar jaminan sebanyak RM15,000 kepada tertuduh.

Tertuduh bagaimanapun memohon kadar jaminan itu dikurangkan dengan alasan dia hanya bekerja sebagai buruh, manakala isterinya pula hanya seorang petani dan mereka perlu menanggung lima anak.

Hakim kemudiannya menetapkan jaminan sebanyak RM13,000 dengan seorang penjamin, terdiri daripada ahli keluarganya sendiri selain mengenakan syarat tambahan supaya tidak mengganggu mangsa.

Tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 19 Januari depan. –CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tokeybundle 22-12-2022 01:47 PM
Masa buat x fkr plk tanggungan.puiiihhhhh
Quote azimodin 22-12-2022 01:51 PM
Jilake elok mati. Jika dibiarkan takut habis anak2 orang termasuk anak sendiri dia ratah.
Quote cikatilia 22-12-2022 03:59 PM
10 tahun selera jahanam.. elok dicincang anunya pastu campak masuk kolam penuh pirana
Quote sufi^_^ 22-12-2022 04:11 PM
Ni mesti anak sedara, sebab tu tak payahla nak beramai2 sangat berkumpul sedara mara ni selalu2 sangat.

Kalau berkumpul pun, pastikan anak2 baik lelaki ke perempuan tak ditinggal dalam keadaan sangat accessible kat lelaki dewasa.

Ni kdg2 balik kampung berkumpul ramai2, mak apak sibuk bersembang, anak2 main sesama sepupu sepapat, peluang mudah diratah sebab kurang pantauan. Semua main percaya je ahli keluarga takkan apa2kan anak dia.

Quote Sazreena 22-12-2022 06:27 PM
Dok dalam sampai mereput. Kalau kat luar takut ramai lagi jadi mangsa termasuk anak-anak sendiri.
Quote Rogue98 22-12-2022 06:31 PM
Semoga kat penjara kau kena rogol dan dibelasah beramai2 lah hendaknnye.
Quote alieyrina 22-12-2022 07:50 PM
Anak dia yg 5 org umur berapa. Kalau masih kecik baik tanya gak tah2 dah kena. Kojaq nya rentua
Quote rosedemon 23-12-2022 06:55 AM
cam sibai laknat la ko
Quote Perwira2022 23-12-2022 08:04 AM
Kenapa ramai pencacai PH dah kecam OKT ni? Bukan dia baru dituduh di mahkamah saja, belum disabitkan kesalahan?

Tolong konsisten sikit ye dengan prinsip yg Nuart guna untuk lantik Zahid Hamidi.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 12:07 PM GMT+8 , Processed in 0.088175 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top