CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bekas Presiden FIFA Melabel Piala Dunia Terlalu Dikomersialkan

22-12-2022 01:41 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 941| Komen: 2

Bekas Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Sepp Blatter, menuduh penggantinya, Gianni Infantino, sebagai biadap selain membidas rancangan untuk mengembangkan Piala Dunia.


Kempen di Qatar yang melabuhkan tirainya Isnin lalu menerapkan format 32 pasukan tetapi bagi edisi 2026, sebanyak 48 negara akan mengambil bahagian.


Sky Sports

Infantino mahu hajat itu direalisasikan sejak dia menggantikan Blatter selain mempertimbangkan untuk menganjurkan Piala Dunia secara dwitahunan atau tiga tahun sekali.

Malah, bekas presiden itu melabel Infantino bukannya bertindak demi kepentingan terbaik sukan tersebut.

"Apa yang berlaku ketika ini adalah pengkomersilan secara berlebihan," katanya kepada akhbar Jerman, Die Ziet.


"Ia umpama cuba memerah jus yang lebih banyak daripada lemon.

"Dengan 48 pasukan bertanding dalam Piala Dunia atau Piala Dunia Kelab, ia harus dilihat sebagai pesaing kepada Liga Juara-Juara (UCL) UEFA. FIFA tidak patut mencampuri urusan yang tidak menggugat mereka.

"Saya tidak rapat dengan Infantino. Dia berkelakuan biadap kerana telah menolak sebarang hubungan dengan saya sejak terpilih.

"Dia hanya berkomunikasi dengan saya melalui peguam."


Sumber: AWANI





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stingergrumpy 22-12-2022 01:47 PM
48 negara sekalipun pun belum tentu harimau malaya stands any chance to qualify....



Quote Decaffeinated 26-12-2022 09:19 AM
stingergrumpy replied at 22-12-2022 01:47 PM
48 negara sekalipun pun belum tentu harimau malaya stands any chance to qualify....

Kalau 148 negara baru boleh kot

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 12:35 AM GMT+8 , Processed in 0.037525 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top