SHAH ALAM – Penceramah selebriti, Pencetus Ummah (PU) Azman memohon doa daripada peminat selepas didakwa lagi atas dua pertuduhan amang seksual terhadap seorang remaja lelaki di Mahkamah Sesyen, hari ini.
PU Azman atau nama sebenarnya, Azman Syah Alias,41, turut menzahirkan penghargaan kepada pemberita yang setia menunggu prosiding tersebut. “Assalamualaikum, terima kasih kerana menunggu dan doakan saya,” katanya ringkas. Terdahulu pada prosiding tersebut, penceramah tersebut yang lebih dikenali Cik Man mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rasyihah Ghazali. Dua pertuduhan baharu itu menjadikan keseluruhan pendakwaan dihadapinya adalah 12 kes.
Sebelum ini, dia yang masih bujang itu didakwa lima pertuduhan di Mahkamah Sesyen Seremban diikuti empat kes di Mahkamah Majistret dan Sesyen Klang serta satu lagi pertuduhan di Mahkamah Sesyen Ampang semalam. Berdasarkan pertuduhan terbaharu itu, Azman Syah didakwa melakukan amang seksual terhadap seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dalam sebuah bilik inap desa di Jalan Kebun di sini, antara pukul 12 tengah malam dan 5.30 pagi pada September 2017. Justeru, dia melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14 (a) dan 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 yang masing-masing memperuntukkan penjara sehingga 20 tahun dan sebat. Timbalan Pendakwa Raya Nur Zatil Hidayah Ali menawarkan jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan dan syarat tambahan iaitu tidak boleh mendekati mangsa serta saksi pendakwaan sehingga perbicaraan kes selesai. “Pihak kami turut memohon kedua-dua kes dibicara bersama kerana merujuk tarikh dan masa yang sama,” katanya. Bagaimanapun, peguam Fahmi Adilah memohon jaminan rendah atas alasan faktor kewangan Azman Syah yang tiada pekerjaan dan tidak dijemput memberikan ceramah susulan kes tersebut yang mula disiasat pada September sehingga pendakwaan hari ini. “Tertuduh sebelum ini telah membayar jaminan keseluruhan RM74,000 untuk pertuduhan di Mahkamah Seremban, Klang dan Ampang. “Dia telah menggunakan semua simpanan untuk jelaskan jumlah jaminan itu selain dibantu ahli keluarga dan rakan-rakannya yang bersimpati,” ujarnya. Rasyihah kemudian membenarkan jaminan RM14,000 bersama seorang penjamin dan melapor diri di tempat tinggal pada awal setiap awal bulan serta tidak menganggu mangsa, keluarga dan saksi pendakwaan. Mahkamah turut membenarkan permohonan pendakwaan supaya kedua-dua pertuduhan dibicarakan bersama-sama. Sebutan semula kes ditetapkan 30 Januari tahun depan. -CARI Sumber: Kosmo
|
lightheaded67 replied at 22-12-2022 02:09 PM
kenaper kes heolz mcm takde bnyk detail kluar ek? dewasayu bnyk ja info siap tlajak detail lagi.. os ...
eyansss replied at 22-12-2022 02:39 PM
sebab tak mula bicara lagi... nanti dah start, keluar la details semua macam ebit....
lightheaded67 replied at 22-12-2022 02:44 PM
ooooo ahaha makasi kaka sendukfeed
eyansss replied at 22-12-2022 03:03 PM
no worries... ni kaka berharap sangat perbicaraan ni mula cepat sebab nak tau sangat details apa ...
nononcrux replied at 22-12-2022 02:31 PM
kalau betul hukum la.. kalau salah, semoga diberi kekuatan dlm dugaan hidup.
kitmal replied at 23-12-2022 07:00 AM
Dugaan apa tu...Menunggang agama lagi dan melakukan jenayah sexual?
edayildiz replied at 22-12-2022 02:13 PM
kalau tak de angin ncmana pokok blh bergoncang kan..
muka nampak innocent..i pnh jumpa dia muka dia ...
eyansss replied at 22-12-2022 03:03 PM
no worries... ni kaka berharap sangat perbicaraan ni mula cepat sebab nak tau sangat details apa ...
pooh~key replied at 23-12-2022 06:46 PM
Tulah akak pun dah tak sabar nak tau cerita lobang siapa yang dah lohong sangat kan sister? Like s ...
ADVERTISEMENT