CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Paderi Dikecam Kenakan Bayaran Mahal Untuk Khidmat Bertemu Tuhan Di Syurga

22-12-2022 12:38 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 959| Komen: 10

CAPE TOWN – Seorang paderi Afrika Selatan mencetuskan kontroversi di internet susulan pendedahan bahawa dia mengenakan bayaran mahal untuk pelbagai khidmat termasuk kononnya ‘bertemu tuhan di syurga’, lapor laman berita Oddity Central semalam.


MS Budeli ialah antara paderi yang tidak jujur di Afrika Selatan kerana dia akan membantu orang ramai hanya sekiranya mereka boleh membayar yurannya.

Berdasarkan poster promosi yang tersebar di media sosial, MS Budeli mendakwa dia mempunyai ‘kuasa’ untuk membantu orang ramai melihat masa depan mereka menerusi telefon pintar, membatalkan semua hutang dan melihat tuhan.

Foto: Agensi

Orang ramai hanya perlu hadir ke ‘Persidangan Ibadah’ kendaliannya dan membayar yuran doa khas.


Pada 25 Disember ini, MS Budeli dijadualkan menjadi tuan rumah untuk Persidangan Ibadahnya, iaitu acara istimewa di mana orang ramai boleh mendengar khutbah dan terlibat dalam beberapa doa istimewa.

Sebagai contoh, untuk ‘melihat tuhan di Syurga’, orang ramai perlu membayar AS$1,160 (RM5144). Jika mahu semua hutang dibatalkan, mereka perlu mengeluarkan AS$290 (RM1,286) untuk berkahwin pada hari berikutnya.

Bayaran untuk berkahwin pada hari berikutnya ialah AS$580 (RM2,572) dan bayaran AS$1,160 (RM5,144) dikenakan untuk melihat masa depan menerusi telefon pintar.

Beliau turut mengenakan bayaran AS$17,400 (RM77,160) kepada orang ramai untuk mengalahkan Aviator Game iaitu permainan perjudian dalam talian yang popular. 

“Semoga berjaya kepada semua yang akan terpedaya untuk perkara karut ini,” komen seorang pengguna pada gambar poster MS Budeli untuk Persidangan Ibadahnya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FOTHER-MUCKER 22-12-2022 12:41 PM
Samalah nak jumpa pak arab pun dah mahal sekarang ni.
Quote sharlenetexas 22-12-2022 12:45 PM
Penonggeng agama

Quote che-cikL 22-12-2022 12:47 PM
Lagi mahal yg Win Aviator Game tu drp jumpa tuhan dlm syurga
Quote airfilterkotor 22-12-2022 12:49 PM
Kenapa 'to win aviator game' lagi mahal?
Quote lightheaded67 22-12-2022 01:14 PM
yih huduh ja takde markiting value. kalau acik shaggy maybe ok.
girl ure my enjel ure my darrrrling enjel.
Quote Samerosie 22-12-2022 01:18 PM
'See God in heaven' mmg la mahal dia kena upah assasinator
Quote missyL 22-12-2022 01:55 PM
Kemain ko tunggang x de malu2 segan dah
Tunggang secara terbuka.
Quote buapakperut 22-12-2022 03:38 PM
Kalau doa insan teraniaya lagi makbul
Quote Redskin 22-12-2022 11:00 PM
Hahaha...penonggeng agama Kisteaa..

To see God in heaven nak kena beli tiket ke cemana ??

Silap2 pastor ni kena halau dgn Jesus..

Matthew 7:23

Then I will declare to them, ‘I never knew you; go away from me, you evildoers.’


Quote rosedemon 23-12-2022 06:52 AM
kahkah camtu pon orang percaya

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 07:37 PM GMT+8 , Processed in 0.050226 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top