CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Permintaan Ubat Demam Meningkat Di China

22-12-2022 11:33 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 789| Komen: 13

Syarikat perubatan di China mengutamakan pengeluaran ubat demam sejak kelonggaran sekatan COVID-19 dilaksanakan di negara itu.
Ini selepas permintaannya meningkat sejak COVID-19 melanda negara itu.


Menurut laporan media tempatan, permintaan di Wuhan, iaitu lokasi penemuan COVID-19, menerima lebih 3 juta ubat demam yang dihantar ke wilayah itu setiap hari.


AP

Di Jinan, timur wilayah Shahdong pula mencatatkan 1.1 juta tablet ubat demam jenama Ibuprofen yang dihantar ke klinik utama untuk tempoh dua hari.

Dalam memenuhi permintaan ubat demam penduduk China, penjualan terpaksa dihadkan dengan seorang hanya dibenarkan membeli enam tablet dalam satu-satu masa.


Beberapa bandar di selatan China turut dilaporkan telah menukar stesen saringan COVID-19 kepada pusat pengujian demam seiiring dengan langkah untuk mengoptimakan garis panduan sekatan COVID-19 negara.


Sumber: AWANI







Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 22-12-2022 11:41 AM
Ingatkan derang akan amalkan tcm herbal soup2 ni mcm setengah melayu makanan sunnah ke ubat cacing ke, rupanya tak juga ek.
Quote Buritan 22-12-2022 11:51 AM
Samerosie: Ingatkan derang akan amalkan t ...


Awat depa truk sgt ek
Quote orkid_amani 22-12-2022 01:27 PM
Diorang kena check tuu kalau tak covid Influenza tak pun viral fever..skg ni mmg musim.. symptoms pun dekat2 sama ja
Quote sharlenetexas 22-12-2022 02:35 PM
Tak makan sup kelawar ke?

Quote shernazz 22-12-2022 02:40 PM
Wow..
Company farmaseutikal huntung up up.ooo
Quote Samerosie 22-12-2022 02:46 PM
Buritan replied at 22-12-2022 11:51 AM
Awat depa truk sgt ek

Jenis suka meludah sana sini dgn hembus hingus tak guna tisu merata kut.
Quote glump 22-12-2022 02:50 PM
Ingatkan ibuprofen tu ubat tahan sakit ,lain rupanya kat negara tu.
Kat sini,dok hujan2 panas kejap hujan..ramai yang demam .hati2lah kauorang. Nak daptkan ubat traditional pun payah nak tentukan keaslian.
Quote midori888 22-12-2022 02:54 PM
glump replied at 22-12-2022 02:50 PM
Ingatkan ibuprofen tu ubat tahan sakit ,lain rupanya kat negara tu.
Kat sini,dok hujan2 panas kejap  ...



Hasil google jap tadi....
Ibuprofen is used to reduce fever and treat pain or inflammation caused by many conditions such as headache, toothache, back pain, arthritis, menstrual cramps, or minor injury.

Quote CikYaYaYa 22-12-2022 02:56 PM
Covid kat diorang terok lagi ke?
Quote Buritan 22-12-2022 02:58 PM
orkid_amani replied at 22-12-2022 01:27 PM
Diorang kena check tuu kalau tak covid Influenza tak pun viral fever..skg ni mmg musim.. symptoms pu ...

Viral fevwr boleh mati jgkke


Quote Zack8hunter 22-12-2022 03:00 PM
aku tunggu gal @blastoff kupas psl kes kematian covid kt China yg menggunung tinggi. ada sorg pakar perubatan china ni byk share dlm twitter dia psl current situation kt sana.. Scary hokey, rasanya China mmg ada sorokkan sesuatu ni.
Quote orkid_amani 22-12-2022 04:01 PM
Buritan replied at 22-12-2022 02:58 PM
Viral fevwr boleh mati jgkke

Boleh kalau attack lung..dia kacau tahap oksigen yuu..mmg kena pantau..biasa viral fever pakej skali dgn batuk..demam influenza pakej dgn sakit sendi sakit kepala..covid pun sama cumanya hilang selera makan & deria bau..biasa klinik aii p mmg kalau demam lebih dari 3hari akn test covid & influenza skali..kalau -ve tu viral fever ja la..biasa 3-5hari lepas makan ubat akn baik
Quote imanjannah 22-12-2022 04:18 PM
Zack8hunter replied at 22-12-2022 03:00 PM
aku tunggu gal @blastoff kupas psl kes kematian covid kt China yg menggunung tinggi. ada sorg pakar  ...

aku malas nak percaya teori2 konspirasi tu, tapi cara China handle kes covid ni, lain mcm sungguh sampai aku terfikir diaorg ni ada sorokkn sesuatu ke

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 09:58 PM GMT+8 , Processed in 0.052024 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top