Hubungan baik Yasmin Hani dan bekas suami Sha’arin Mohamed Razali dipuji netizen selepas kedua-duany memuat naik video sekitar hujung minggu lalu ketika meluangkan masa bersama anak-anak.
Menerusi video tersebut, Yasmin dan Sha’arin dilihat sangat mesra melayan anak-anak mereka, Noah dan Eissa di sebuah kafe.
Rata-rata pengikut di laman sosial Instagram memuji pasangan ini yang meletakkan kepentingan anak-anak sebagai keutamaan walaupun sudah berpisah. Malah, mereka kagum melihat cara Yasmin dan Sha’arin mengekalkan kasih sayang dan masih berhubungan baik demi anak-anak. Nampaknya, Yasmin dan Sha’arin betul-betul mengotakan janji mereka untuk sentiasa menjadi keluarga penyayang walaupun sudah tidak bersama lagi. Pasangan ini memilih untuk berpisah secara baik pada Disember 2021 selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga. Yasmin Hani dan Sha’arin berkahwin pada 2011 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Noah Ismail Wong, 9, dan Eissa Elzander Wong, 6. Sumber: BOOM!
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|