Sering diasak soal anak, pelakon dan pengacara Zulin Aziz tampil memberi respons padu ketika sedang bercuti di Korea Selatan bersama suaminya, Farhan Norzaini.
Menerusi hantaran di TikTok, Zulin telah memuat naik video yang menunjukkan kemesraan bersama suaminya sepanjang berbulan madu di sana, baru-baru ini. Seperti pasangan lain, Zulin turut meluahkan keinginannya mahu mempunyai zuriat, namun dia tidak pernah berhenti berusaha. “10 bulan usia perkahwinan kami. Asyik diasak dengan soalan bila nak ada ANAK? Kami pun macam pasangan yang lain, pastinya inginkan zuriat. Kami tak pernah berhenti berusaha,” katanya. Dalam perkongsian tersebut, pelakon itu juga memohon agar orang ramai mendoakan kesejehateraan buat mereka berdua dan terus sabar menanti.
“Mohon doakan yang baik-baik buat kami ya? Penantian harus ada kesabaran kan? Sebabtu kalau ada masa kami luangkan waktu pergi honeymoon. Kualiti masa bersama,” katanya. Hasil tinjauan di ruangan komen, perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai respons yang rata-ratanya memberikan kata-kata semangat kepada pasangan itu. |
lightheaded67 replied at 22-12-2022 10:38 AM
chill jelah.. takde anak pon leh ha party laki bini, ade org beranak pinak nk jalan2 pon payah. kaze ...
missyL replied at 22-12-2022 01:58 PM
Lahhhh
Kesian kt anak angkat jadi mangsa
Tu la tuhan x bg anak lg. Sbb thu lom sedia..
ADVERTISEMENT