CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Qi Razali Digelar Kasanova, "Susah Nak Move On Lepas Putus Cinta"

22-12-2022 08:34 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4198| Komen: 35

Qi Razali, mengakui, dia mengambil masa yang lama untuk mengubati hati setelah melalui beberapa fasa kegagalan dalam hubungan cinta sebelum ini.

Kata Qi atau nama sebenarnya, Qushairi Mohammed Razali Wong, tidak ramai yang tahu mengenai hal tersebut dan disebabkan itu, dia tidak terkejut apabila segelintir pihak pernah menganggap dirinya lelaki kasanova.

Foto: IG

“Bukan tidak mahu ada pasangan hidup, tetapi saya jenis susah untuk mulakan perhubungan baharu atau keluar dengan mana-mana wanita jika belum benar-benar okey.

“Saya memang ambil masa sikit untuk merawat hati. Macam tidak adil untuk wanita itu. Ini pun selepas dua tahun single, baru saya bersedia untuk kenal orang baharu.

“Tetapi, jangan salah faham. Tidak bermakna sekarang saya sudah jumpa mana-mana wanita,” katanya ketika ditemui pada sidang media konsert OAG 30 Tahun Generasiku!, baru-baru ini.



Berkongsi mengenai sasaran untuk menamatkan zaman bujang, pelakon filem Blogger Boy dan Suamiku Jatuh Dari Langit itu berkata, pada usianya kini, sudah tiba masa untuk dia mempunyai pasangan hidup.

“Saya bagaimanapun, tidak mahu memaksa keadaan. Memang di mulut, saya cakap waktunya sudah dekat. Tetapi, itu tidak bermaksud saya mahu berkahwin sekarang. Saya sedar bila tengok orang sekeliling, semua sudah ada keluarga sendiri.

“Saya tengok Radhi pun begitu. Masa dia berjuang dengan jatuh bangun hidupnya, anak adalah sumber semangatnya. Bohonglah kalau saya tidak mahu ke fasa seterusnya.

“Mungkin jika saya bernikah, saya tidak dapat luangkan lebih banyak masa dengan ibu. Macam sekarang, hari-hari ibu ajak ziarah kubur arwah ayah dan saya akan bawa. Saya memang sentiasa dengan ibu,” katanya.



Dalam pada itu, Qi mengakui, seandainya bertemu dengan seseorang yang menepati cita rasa dan sesuai dijadikan calon isteri, dia enggan lagi berlama-lama dalam proses berkenalan.

“Kalau semua okey, jalan terus. Orang kata, jangan lama-lama. Cuma, ketika ini saya belum mempunyai teman wanita istimewa. Saya tidak menutup pintu hati, tetapi tidak juga mencari,”katanya.-CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noorhairiahma 22-12-2022 08:44 AM
siapa je ex dia yang sampai dia lambat nak move on? yang i tahu, uqasha sorang je
Quote anilanil 22-12-2022 08:55 AM
Model iklan bra skali dgn aedy serap tu bukan salah sorang ex dia gak ke? Apetah nama, nia?
Quote nipskacang 22-12-2022 08:56 AM
noorhairiahma replied at 22-12-2022 08:44 AM
siapa je ex dia yang sampai dia lambat nak move on? yang i tahu, uqasha sorang je

Sleepyllama model tu ex dia jugak
Quote friedfishsoup 22-12-2022 08:57 AM
noorhairiahma replied at 22-12-2022 08:44 AM
siapa je ex dia yang sampai dia lambat nak move on? yang i tahu, uqasha sorang je

Nelydia kan, bukan uqasha
Quote deebiz14 22-12-2022 08:57 AM
noorhairiahma replied at 22-12-2022 08:44 AM
siapa je ex dia yang sampai dia lambat nak move on? yang i tahu, uqasha sorang je

Bukan Uqasha, tapi adekya Nelydia. Lama gak depa kapel dulu.Lepas tu ngan model Nia tu.

Sebelum Nelly penah kapel jap ngan Yuna.

Hebat2 gak taste heols tapi sumer tak menjadik smpi da kertu kecut heols nih.

Motip meols tau ni sumer.....




Quote noorhairiahma 22-12-2022 09:22 AM
oh, silap pulak. ingatkan uqasha.

amboi, cantik2 ex Qi ni. bukan main lagi. harapnya jumpa jodoh yang sesuailah.
Quote Sunkiss8999 22-12-2022 09:26 AM
Jenis taste tinggi ni..acik2 desa tak boleh berangan sekelumit pun kalau dgn dia ni..haha
Quote Banananaa 22-12-2022 09:27 AM
Yuna pun ex dia. Pernah jumpa dia ni kat bangsar, tinggi dia ni, drive merc
Quote ReginaGeorge 22-12-2022 09:28 AM
Kejap lagi umur cecah 50. Tak payah la nak bercinta, kesian, nanti tok Hans sorang je jadi bujang tua. Sperm kualiti pon tak berapa cantik lagi.
Quote makcun14 22-12-2022 09:41 AM
Its ok. Tengok la harith iskander , lambat dapat jodoh, sekali bila jodoh sampai dapat bini hot doctor. Yang penting jangan give up.
Gitcheww i bagi motivasi
Quote supernaturalee 22-12-2022 10:43 AM
nah qi

[youtube]Brtd0yTrAuc[/youtube]




Quote marchikobonzo 22-12-2022 10:46 AM
Yuna, nely, nia..cantik2 ex dia..
Quote hunters 22-12-2022 10:55 AM
noorhairiahma replied at 22-12-2022 08:44 AM
siapa je ex dia yang sampai dia lambat nak move on? yang i tahu, uqasha sorang je

Ex dia byk yg hot2...julie woon,nellydia,yg latest xtau...yg x hot yuna je
Quote aammyy 22-12-2022 11:11 AM
Apa income dia selain drpd pengacara/pelakon? I rasa sebab tu kot exes dia lari kot. Exes semua maintenance tinggi.
Quote yatie86 22-12-2022 11:19 AM
Ex dia smua cntik2..
Quote TomyamPuteh 22-12-2022 11:38 AM
Kasanova la hang smpai umo 70 tahun.
Quote bulalof 22-12-2022 11:55 AM
bangga apa dah tua nak berkasanova?
Quote alieyrina 22-12-2022 12:00 PM
Tgk dia pun tau jenis high taste. Tua dah hg qi. Mcm abg dia gak la high taste gak kan. Qi nak yg mixblood gak kut
Quote nakkomenjugak 22-12-2022 01:55 PM
Halahhhhh mintak tips kat member ko acik radhi camne senang pikat aweks
nak yang top g punya aweks, top g jugak laa jagaannya
tak yah susah2 carikkkk
iols kan hadeeee...  

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 04:51 PM GMT+8 , Processed in 0.059624 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top