DUNGUN: Mangsa banjir di beberapa kawasan di daerah ini menggesa Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar turun padang melihat bencana buruk yang sedang dihadapi mereka.
Rata-rata penduduk yang terlibat melahirkan rasa marah dan kecewa apabila Menteri Besar itu dikatakan sedang bercuti di luar negara. Salah seorang mangsa banjir yang mahu dikenali Ismail, 56, dari Paka, berkata, Menteri Besar itu juga dilihat tidak pernah turun sendiri melihat penduduk di daerah ini ketika banjir. “Kalau sebelum ini, banjir biasa-biasa tak apa tak turun pun, mungkin beliau pergi ke lokasi lagi teruk. Namun, ketika ini, di kawasan Kampung Nyior, Kampung Durian Mentangau, Kampung Burung Baru dilanda banjir buruk, sepatutnya beliau turun,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Seorang lagi mangsa banjir, Rozita Abdul Rahman, 45, pula berkata, menjadi tanggungjawab Menteri Besar untuk menyantuni penduduk terutamanya ketika ditimpa musibah. “Masa rakyat susah inilah kita perlukan pemimpin untuk datang tengok. Ada pusat pemindahan yang dinaiki air dengan mangsa dipindahkan dua kali, Menteri Besar tak ambil tahu pun. “Saya tengok hanya beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sahaja yang turun padang, namun, tidak semua kawasan mereka pergi,” katanya. Pekerja swasta, Suhaimi Jaafar, 40, berkata, Ahmad Samsuri sepatutnya berada di dalam negeri ketika musim tengkujuh yang sememangnya menjadi kebiasaan negeri ini dilanda banjir. “Sekurang-kurangnya kalau pemimpin utama negeri yang bertanya khabar, mungkin terubat sedikit kedukaan mangsa banjir. “Kalau benar Menteri Besar sedang bercuti di luar negara, kami harap beliau segera pulang melihat rakyat,” katanya. –CARI Sumber: Utusan Online
|
noor2 replied at 22-12-2022 08:19 AM
Dia ni dari parti mana?..
NazRysha replied at 22-12-2022 08:35 AM
Perikatan Nasional
iman_kasih replied at 22-12-2022 08:44 AM
Tak banyak jumpa komen yang persoalkan ketiadaan MB ganu time bah besar ni. Banyak yg iols jumpa per ...
VioletsAre_Blue replied at 22-12-2022 09:15 AM
Itu walaun dik, memang la pertahan mb mereka. Mangsa banjir mestilah geram. Kelakar jugak baca kom ...
CiliPadiSedap replied at 22-12-2022 12:02 PM
habislah lebai2 keluar dalil - walaun
ADVERTISEMENT