CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Yasin Suruh Kaji Semula Undang-Undang Dadah, Ameng Tak Setuju, "Hukuman Sekarang Pun Orang Tak Takut!"

22-12-2022 08:08 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2710| Komen: 30

Ameng, 54, atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail beranggapan 'permintaan' penyanyi Yasin Sulaiman supaya kes di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dikaji semula adalah tidak wajar.


Ameng yang pernah dijatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan atas kesalahan dadah pada 2011 berkata, ganja yang tergolong dalam kategori dadah adalah mengkhayalkan dan bukannya ubat.

Foto: IG

"Ganja itu dalam kategori dadah. Kalau nak cakap membantu dari segi perubatan banyak alternatif lain untuk tujuan itu. Kenapa nak kena gunakan ganja? Ganja itu menghayalkan dan bukannya ubat. Saya tahulah, sebab saya pernah terbabit dengan ganja.

"Ganja itu bukan ubat untuk menyembuhkan penyakit. Kalau nak berubat pergi jumpa pakar dan ambil ubat terkawal. Baru betul untuk perubatan. Kalau betul sakit, kenapa tidak ke hospital dapatkan rawatan? Kenapa perlu ke arah benda tu (ganja).




"Kalau dia (Yasin) kata nak minta kerajaan mengkaji semula undang-undang sedia ada, nak cakap apa kepada keluarga pesalah yang sudah dijatuhkan hukuman sebelum ini? Dalam penjara tu ada beratus yang ditahan atas kesalahan sama dan sedang menanti hukuman. Apa perasaan mereka dan keluarga mereka?"

"Macam saya yang sudah kena penjara dan 10 kali sebatan, apa perasaan saya? Buat yang kena gantung dan penjara seumur hidup, apa cerita?" katanya.

Menurutnya, tindakan melonggarkan hukuman sedia ada hanya akan menambahkan jumlah jenayah dan penagih dadah dalam negara.



"Kalau kata nak longgarkan undang-undang, habis jenayah macam mana? Adakah makin kurang atau bertambah? Sedangkan hukuman sedia ada pun orang tak takut. Malah, ada yang pernah dihukum dan kena sebat tak serik lagi. Masih buat jenayah sama dengan keluar masuk penjara.

"Saya tidak bersetuju jika nak bubar dan kaji semula undang-undang ini. Saya reda degan hukuman yang dijatuhkan sebab saya tahu saya memang bersalah," katanya.



Terdahulu, penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat menambah baik undang-undang lapuk yang tidak menepati perkembangan dan peradaban termasuk kes di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 mengundang reaksi pelbagai pihak.

Yasin berkata demikian ketika ditemui selepas prosiding kes dadahnya di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada Khamis lalu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cokoro 22-12-2022 08:12 AM
Betul jgk tu.
Quote bedahmenjuyah 22-12-2022 08:16 AM
Bernas kata2 ameng. Pandangan seiring usia dan pengalaman. Yg penting jgn ulang lagi jd taik dadah. Ghitewww aiols so skema di pagi hari.
Quote debab_78 22-12-2022 08:19 AM
betul la ameng ckp tuh... kena tgk juga kesan negatif yg lagi banyak esp utk budak2 muda yg takde arah tuju tuh..
Quote azimodin 22-12-2022 08:43 AM
Bagus la, ameng lagi matang lepas keluar penjara & memang nampak berubah. Dia pon xde la mengumpul bini & anak baru macam ehemmm eheeem. Ganja untuk perubatan mesti dikawal oleh KKM, bukan suka2 beli.
Quote lightheaded67 22-12-2022 08:45 AM
Edited by lightheaded67 at 22-12-2022 09:06 AM

beza tau org yg bckp pikir dalam sikit dgn org yg bckp pikir mcm tak pikir.nk lepas diri ja. benti kerja ja la doktor2 kt spital tu semua, sumbat ja smua org ganja ketum.

bagi meols lah org yg ganja ketum kehulu kehilir sma level mcm acik2 sunnah. smua sakit duk makan 'makanan sunnah' smpi dh jd abuse/ misuse kt pkataan sunnah. sunnah makan jgn lebih2 taknak folo, sunnah hidop jgn malas2 tak folo, sunnah takleh masuk racun dlm bdn (smoking sgala) taknak folo huhuhu
semua ni sama, extremis. one cure / one pov for all. pdhal dlm hidop dlm agama, kita digalakkan hidop secara holistic mana2 yg baik, sana sikit sini sikit itu sikit yg ni sikit. kalau dh amik drug, kalau takde pantauan, kebarangkalian nk berlebih lebihan dlm consumption tu tggi. takde sikit2, so kenot. sama lah mcm porn alkohol judi.

siape yg nak pntau awak consume/buat bnde alah, pg ptg siang malam semata mata taknak awk overdose?? ingt org takde kerja lain??
Quote arnauld 22-12-2022 08:48 AM
Tu la yg berkesan utk bipolar ni masuk penjara tu bukannya kanabis. Dok dlm penjara tak kena kanabis pun makin sihat jer
Quote annadonna 22-12-2022 08:50 AM
Betullah tu. Klu sakit pergilah berubat. Alasan aje semua tu nak mendadih
Quote anilanil 22-12-2022 08:52 AM
Bijok jwpan acik ameng. Acik yassin tu masa bagi statement di bwh pengaruh bipolar ke camne? Nak berubat pakai ganja dia patut migrate Belanda awal2 lagi. Bukannya suka2 hati bercucuk tanam. Berapa dos mg nak guna dia tau sukat ka? Nak melepaskan diri punya pasal bole bagi statement tak masuk akal. Dah masuk dlm baru bising. Patut masa ko clean itu la time nak proposed kerajaan utk kaji akta.
Quote olezzeli17 22-12-2022 09:28 AM
Bila dia gunakan pengalaman lalu sebagai pengajaran di masa hadapan. Nampak dia gunakan peluang kedua sebaiknya. Semoga terus istiqamah dan tidak terjebak lagi dgn najis dadah.
Quote Sunkiss8999 22-12-2022 09:30 AM
Boleh nak jadikan ganja tu tujuan perubatan..tapi kena prescribe by btul2 pakar, utk org yg btl2 memerlukan rawatan gne ganja ni..buat mcm akta ubat terkawal la..cannot anyhow la ganja ni gne pakai kt mesia ni..kang hancur semua masyarakat..asyik berkhayal pastu buat bnda bukan2..bunuh la..rompak la..
Quote umbut 22-12-2022 09:35 AM
Pindah dok thai, kat sana bersepah sepah weed kat mana2.. Leh buat ulam
Quote deebiz14 22-12-2022 09:38 AM
Meols pun sokong dgnmu Ameng. All the right reasons.

Tak perlu la nak review2 dende ni. Do not open a can of worms.
Quote adeqbun 22-12-2022 09:50 AM
brililiant statement la ameng ni...boleh jd role model dan sumber inspirasi utk bekas2 penagih..
Quote ReginaGeorge 22-12-2022 09:55 AM
"Ganja itu bukan ubat untuk menyembuhkan penyakit. Kalau nak berubat pergi jumpa pakar dan ambil ubat terkawal. Baru betul untuk perubatan. Kalau betul sakit, kenapa tidak ke hospital dapatkan rawatan? Kenapa perlu ke arah benda tu (ganja).


Betul apa yang Ameng ni cakap. Dia pon bekas penagih, mestilah dia ada pengalaman. Ys dah terlepas tali gantung pasal kes mengedar dadah tp sila la lantik lawyer yg hebat utk tutup kanabis ko tu, andai kata kes tak close lagi. Bukan nak main short cut suruh PM kaji balik akta dadah Banyak cantik muka kau...
Make sure lawyer ni betul2 faham tentang effect pengunaan kanabis tak terkawal. Tak terkawal sebab bukan under specialist supervision amik ganja ni.  


Ys masih lantang bersuara tentang rawatan sakit mental menggunakan kanabis. Dia buat research syok sendiri atau bersama dengan pengamal perubatan psikiatri/scientist yg lain? Andai kata kanabis yg ditemui dirumah dia tu bertujuan utk rawat sakit bipolar dia, dos tu ejes sediri ke cane? Dia dok ulang2 pengunaan kanabis kat luar negara, tp sejauh mana keberkesanan sebenar kanabis dalam merawat bipolar?


Dadah musuh negara. Dadahlah rosakkan akhlak remaja kita. Dahlah miskin, menagih dadah. Bila dah ketagih, kata menagih sebab stress. Lepas tu terlepas hukuman sebab gila. Padahal gila disebabkan dadah. Lepas ni, ramai2 la penagih dadah bagi alasan menganja sebab mental illness

Kerajaan baru, be rational..tolong jangan bagi muka dengan penagih dadah.
Quote aammyy 22-12-2022 10:04 AM
I tak rasa penjara tu betul2 memberi keinsafan sbb tu ramai keluar masuk mcm hotel. Sebat tu betul bg kesan. Sbb sakit dia sampai takboleh baring & duduk.
Quote mizruncing 22-12-2022 10:26 AM
yg ni meols setuju
Quote Nnasda53 22-12-2022 10:30 AM
Inilah bezanya org yg mengaku salah sendiri.
Kalau yg jenis nk tak nak mengaku salah bermacam2 la alasan nya.
Quote supernaturalee 22-12-2022 10:37 AM
tu dia fans ameng
pompuan sokmo boh


anyway...sgt jelas ape yg ameng kata tu
he was there, he knows better

suka sgt lagu spring ni

[youtube]R880-q10QHQ[/youtube]
Quote azimodin 22-12-2022 10:39 AM
lightheaded67 replied at 22-12-2022 08:45 AM
beza tau org yg bckp pikir dalam sikit dgn org yg bckp pikir mcm tak pikir.nk lepas diri ja. benti k ...

Betul. Key words - dossage. Makanan sunnah kalau terlebih pon boleh bawak masalah. Contoh paling dekat sekali kurma & madu. Dua2 berkhasiat tapi xboleh ambik berlebihan. Kurma sekali makan 3 bijik dah cukup. Lebih2 buat tambah glucose dalam badan jugak.

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 06:38 AM GMT+8 , Processed in 0.060667 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top