CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Buang Bayi Dalam Tong Sampah, Mayat Ditemukan Di Pusat Kitar Semula

22-12-2022 07:38 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 714| Komen: 3

Polis United Kingdom (UK) menemukan mayat seorang bayi lelaki di pusat kitar semula di Waterbeach, Cambridgeshire, pada 29 November lalu.

Menurut kakitangan pusat kitar semula itu, bayi tersebut berkemungkinan dibuang dalam tong sampah di Peterborough dan perumahan di sekitarnya iaitu March, Whittlesey, Melbourn atau jalan di luar Mill Road di Cambridge.


“Polis sedang meneruskan usaha mereka bersama pihak berkuasa untuk mengetahui tentang perkara yang berlaku ke atasnya," menurut laporan pihak polis tempatan.


Foto: Mirror

Ketua Detektif, Superintendan John Massey berkata pihak polis sedang meneroka setiap kawasan yang berpotensi menjadi lokasi asal bayi dibuang.


“Kami masih menyiasat kejadian tragis ini dan cuba mencari ibu bayi itu untuk menawarkan semua sokongan yang diperlukan,” ujarnya.

Polis juga berjaya mendapatkan DNA bayi itu, tetapi masih berusaha menjejaki ibunya.

“Kami masih berfikiran terbuka tentang kejadian yang telah berlaku dan sedang meneroka setiap daerah yang berpotensi menjadi lokasi asal bayi tersebut dibuang,” katanya.

Pihak polis juga menggesa sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat tentang kejadian ini untuk menghubungi mereka segera. - CARI

Sumber: mStar Online/Mirror

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 22-12-2022 07:40 AM
mat seleh pprt ni...atau pun B40
Quote KamikuP 22-12-2022 12:19 PM
baby tu mesti comey kan.. (hmmm)
Quote rosedemon 23-12-2022 06:45 AM
kesian ek tp ko mmg kompom sorga dek. so, enjoy

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 05:34 AM GMT+8 , Processed in 0.028088 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top