CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

19 Individu Beragama Islam Ditahan Hadiri Perkahwinan Gay Di Nigeria

21-12-2022 11:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 899| Komen: 4

Sepasukan polis moral di sebuah bandar utama di utara Nigeria menahan 19 individu beragama Islam yang didakwa menghadiri satu majlis perkahwinan pasangan sejenis, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC) semalam.


Mereka menyerbu majlis itu di bandar Kano selepas mendapat maklumat, kata jurucakap polis, Lawal Ibrahim Fagge.


Pegawai polis menguatkuasakan undang-undang Islam yang ketat di Kano. - SANI MAIKATANGA

“Pasangan yang masih belum melafazkan ikrar perkahwinan itu melarikan diri dan polis kini sedang mencari mereka,” tambah Fagge.

Majoriti penduduk di Kano beragama Islam di mana sistem perundangan Islam dikuatkuasakan bersama undang-undang sekular.


Perbuatan homoseksual adalah haram di bawah kedua-dua sistem perundangan di seluruh Nigeria, di mana mereka yang tinggal di utara kebanyakannya beragama Islam manakala penduduk di selatan sebahagian besar beragama Kristian.

Pasukan polis Islam Kano atau lebih dikenali sebagai Hisbah dan menguatkuasakan kod moral yang ketat.

Fagge memberitahu BBC bahawa pasukan polis tidak berhasrat untuk menghukum 15 tetamu lelaki dan empat wanita yang ditahan semasa serbuan pada Ahad lalu.

Sebaliknya, kumpulan yang dikatakan termasuk golongan gay itu sedang menjalani ‘sesi kaunseling’, dan ibu bapa atau penjaga mereka digesa untuk tampil ke hadapan.

“Kami akan mengambil jalan lain sebelum mendakwa mereka di mahkamah. Mula-mula kami menasihati mereka dan melibatkan ibu bapa. Kami berharap mereka mengubah gaya hidup mereka,” kata jurucakap Hisbah.

Mahkamah Islam Kano tidak pernah mensabitkan sesiapa kerana menjadi gay.

Kumpulan hak asasi manusia di Nigeria telah lama berkempen agar hak golongan gay dihormati tetapi terdapat penentangan kuat terhadapnya di mana ramai orang Islam dan Kristian menegakkan nilai agama yang konservatif. 


Sumber: Kosmo






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 21-12-2022 11:52 PM
Meh la datang ke singapore. Halal bergayahan. Cuma belum sampai peringkat kawin.

Quote Themilo 22-12-2022 07:27 AM
siap ada kontinjen polis moral ya.. kat Malaysia nih, netizen je yang dilantik secara tak rasmi sebagai polis moral
Quote sangbara2020 22-12-2022 07:43 AM
bila malaysia nak ada polis moral...ada bran?
Quote gideoncross 22-12-2022 08:03 AM
Kurex x dtg ke?

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:25 AM GMT+8 , Processed in 0.030501 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top