CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Harum Nama Malaysia Qari Cilik Juara Tilawah Al-Quran Di Algeria

21-12-2022 11:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1126| Komen: 8

Setelah melakarkan sejarah apabila menjadi naib juara pertandingan tilawah al-Quran di Qatar, Ahmad Azfar Azraie sekali lagi berjaya mengharumkan imej Malaysia.

Menurut hantaran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui laman sosial rasminya, qari cilik itu kali ini mencipta nama pula di Algeria sebagai juara Musabaqah Mazamir Daoud di negara itu.


Loading FB Post...

Qari yang berusia 10 tahun dan berasal dari Melaka itu memenangi Kategori Kanak-Kanak Bawah 15 Tahun sebagai mewakili Malaysia dalam pertandingan antarabangsa tersebut.


Mazamir Daoud yang juga bermaksud suara lantunan indah Nabi Daud, merupakan acara tahunan dan turut disiarkan secara langsung melalui saluran televisyen satelit Al-Shorouk.

Ia ke udara sejak 2014 sebagai program mingguan sebelum dijadikan acara pertandingan bertaraf antarabangsa untuk remaja dari seluruh dunia oleh penerbitnya, Rizwan Hussein.

Ini merupakan penampilan kali kedua bagi Ahmad Azfar di peringkat global setelah mencipta rekod apabila memenangi tempat kedua program Tijan Nour di Qatar pada 19 Mac lalu.

Ketika pertandingan tilawah al-Quran peringkat antarabangsa edisi ke-10 itu, beliau menyertai kategori umur bawah 13 tahun dan berita ini turut dilapor secara meluas oleh Jakim.

Awal Julai lalu, beliau juga muncul juara qari program Ihtifal Kelas Al-Quran dan Fardu Ain Kebangsaan 2022 di bawah anjuran Lembaga Penasihat Pendidikan Agama Islam Jakim.


AHMAD AZFAR (kiri) dengan bapanya, Azraie Abdul Hak setelah diumumkan sebagai juara Musabaqah Mazamir Daoud di Algeria. - GAMBAR IHSAN JAKIM

Nama beliau bukan asing dalam bidang pembacaan kitab suci itu kerana bapanya sendiri, Azraie Abdul Hak merupakan naib johan Majlis Tilawah Peringkat Kebangsaan 2018 lalu.

Selang beberapa minggu kemudian, guru agama itu menjuarai pula kategori tilawah al-Quran dalam acara Musabaqah Tahfiz, Tilawah dan Qiraat Antarabangsa diadakan di Kuwait.

Pengalaman pernah menyertai pertandingan seumpamanya di Russia, Turkiye dan Iran sebelum itu membolehkan beliau menewaskan ramai peserta hebat dari 75 negara yang lain.

Guru Pendidikan Islam di Sekolah Kebangsaan Bukit Beruang, Melaka itu turut pernah muncul sebagai pemenang ketiga Majlis Tilawah Peringkat Kebangsaan 2022 pada Jun lepas.

Uniknya lagi, isteri beliau sendiri, Sarrul Munirah Haris pula yang turut mewakili Melaka telah dinobatkan menjadi naib johan pada pertandingan berkenaan untuk kategori qariah. 


Sumber: UTUSAN






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 22-12-2022 01:17 AM
Tahniah dek
Bangga acik2 forummer
Moga dh besor sok jd insan berguna
Quote buragazz 22-12-2022 06:12 AM
Alhamdulillah... semoga banyak lagi kejayaan yer nak..
Quote cap_ayam 22-12-2022 06:45 AM
Ooo anak azraie ni.. dulu azraie ni pernah masuk pertandingan al quran kat tv9 .. lamaa dah.. sekarang ni dia support anak dia pula.. seisi keluarga bijak ..

Selamat maju jaya buat anak ni..
Quote F685 22-12-2022 06:51 AM
Tahniah kepada anak kecil ini.
Semoga dipermudahkan segala urusan dalam mendalami ilmu Al Quran dan agama.

All the best kepada Azfar
Quote fealefea 22-12-2022 07:13 AM
Hebatnya. 1 keluarga al quran
Quote prettyuglybabe 22-12-2022 10:34 AM
tahniah adik..
semoga tak tersasar dalam kehidupan yang semakin mencabar..
Quote tintin22 22-12-2022 10:42 AM
Alhamdulillah
tahniah adik
Quote tobobon 22-12-2022 10:50 AM
masa kat qatar tu, heols kalah dengan siapa?

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 09:41 AM GMT+8 , Processed in 0.035061 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top