Cef selebriti Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan dimasukkan ke hospital bagi menjalani pembedahan, petang tadi. Menerusi hantaran di Instagram, Chef Wan memuat naik beberapa keping foto memaparkan keadaan kini berada di hospital.
“Selepas mak saya keluar hospital, kini saya pulak,” tulisnya. Tambah Chef Wan, prosedur pembedahan ini akan membantunya lebih sihat pada bahagian lutut dan bahu. “Oleh kerana bahu kanan saya juga mengalami sedikit kesakitan apabila saya berbaring untuk tidur dan sebelum ia bertukar menjadi “frozen shoulder” “Doktor dah nasihatkan juga buat rawatan PRP sekali. Bukan prosedur yang murah pun,” ujarnya.
|
ADVERTISEMENT