CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Fahmi Minta SKMM Aktifkan Wi-Fi Di PPS

21-12-2022 11:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 478| Komen: 0

Perkhidmatan WiFi akan diaktifkan di pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka ketika ini bagi membolehkan mangsa banjir yang berlindung di sana memperoleh kemudahan internet serta telekomunikasi yang baik.


Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, berkata kerja pemasangan WiFi sudah dan sedang dilaksana syarikat telekomunikasi di beberapa PPS ketika ini.

"Begitu ramai yang ditempatkan di PPS. Satu perkara yang saya tegaskan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), supaya PPS ini mempunyai akses internet dan telefon yang dapat berfungsi dengan baik. Kerana saya juga dapat cadangan dan maklum balas dari rakan media yang membuat liputan (di kawasan banjir) ada beberapa tempat yang perlu ditambah baik (capaian internet).


FB


"Banyak dari PPS yang diaktifkan ketika ini sudah sedia dengan kelengkapan peralatan WiFi. Maka kita akan minta SKMM berhubung dengan syarikat telekomunikasi untuk aktifkan WiFi yang ada di PPS terbabit," katanya pada sidang medianya hari ini.

Berdasarkan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), setakat jam 2 petang tadi, sebanyak 414 PPS sudah dibuka seluruh negara.

Sementara jumlah keseluruhan mangsa yang terjejas akibat banjir pula adalah 72,092 orang, dengan Terengganu mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 40,453 mangsa, diikuti Kelantan dengan 31,316 mangsa.

Dalam sidang media sama, Fahmi juga meminta SKMM meneliti keadaan semua fasiliti menara telekomunikasi di kawasan terkesan banjir, supaya apabila air bah surut kelak, menara ini boleh digunakan segera.

"Kalau perlu dibaiki, ia mesti dibaiki dengan kadar segera. Apabila kerja pembersihan dimulakan, kita juga mahu talian internet di kawasan banjir itu dapat dibaik pulih dan mereka (mangsa banjir) dapat menggunakan perkhidmatan telekomunikasi dengan segera," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kementerian serta agensi di bawahnya akan menggunakan apa saja platform komunikasi yang ada untuk menyampaikan maklumat amaran banjir di kawasan berisiko tinggi.

"Saya difahamkan pihak Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) boleh berhubung terus dengan syarikat telekomunikasi jika satu kawasan ini berkemungkinan dinaiki banji. NADMA maklum kepada syarikat ini untuk buat 'blast mesej' di kawasan itu. Ini kita akan pastikan dapat berfungsi dengan baik.

"Saya juga meminta Ketua Setiausaha Kementerian supaya semua saluran sama ada televisyen atau radio, memainkan info amaran untuk mengingatkan semua penonton yang ada dikawasan berisiko dilanda banjir untuk berpindah. Kita akan maksimumkan semua aset ini untuk memberi amaran (kepada rakyat dikawasan berisiko)," katanya.


Sumber: BH Online






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 12:18 AM GMT+8 , Processed in 0.030306 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top