CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Akan Diberikan Pampasan," Wan Azizah Lawat Keluarga Tiga Beradik Maut Direnjat Elektrik

21-12-2022 09:00 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1783| Komen: 20

TUMPAT – Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail meluangkan masa selama 30 minit menziarahi keluarga tiga beradik perempuan yang maut akibat renjatan elektrik di Kampung Bendang Surau, Morak di sini hari ini.


Beliau tiba pukul 6.30 petang sebelum bertemu kedua ibu bapa mangsa, Mohd. Nadzir Mohamed, 67 dan Zainun Sulaiman, 62, sempena lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Kelantan hari ini.

Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak menzahirkan rasa simpati dengan kejadian tragis yang menimpa tiga anak perempuan Mohd. Nadzir.


Foto: Kosmo

“Mereka sangat kuat untuk menghadapi kehilangan tiga anak ini. Ketiga-tiga mangsa dikategorikan sebagai mangsa banjir dan akan diberikan pampasan bagi meringankan bebanan keluarga.


“Saya mengharapkan pihak berwajib dapat menitikberatkan aspek keselamatan dan persekitaran agar tidak berulang tragedi seperti ini,” katanya ditemui pemberita di Kampung Bendang Surau, Morak di sini hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, tiga beradik iaitu Nurul Syazwani, 33 bersama dua adiknya, Sakinah, 29 dan Noor Fathiah, 27, maut terkena renjatan elektrik selepas menyentuh tiang di rumah jiran mereka yang digenangi banjir.

Ketiga-tiga mereka dikatakan ingin melihat paras air di sekitar rumah dan sempat merakamkan gambar kenangan serta berkongsi di kumpulan WhatsApp keluarga sebelum berlaku tragedi.- CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote putericahaya999 21-12-2022 09:02 PM
Tak berani sebut nilai ke
Quote noor2 21-12-2022 09:03 PM
Alhamdulillah....moga PM kali ni betul2 bantu semua rakyat....
Quote Innrukia 21-12-2022 09:03 PM
apa & berapa pampasan yg akan diberi? Kena la consistent dgn pampasan sebelum ni ya.
Nasib anwar dapat wan jijah yg motherly & lembut..
Quote noor2 21-12-2022 09:08 PM
makadek replied at 21-12-2022 09:03 PM
10k pm dh cakap td .. ..tp ok la dia dtg melawat

Bila berlaku kes kematian..sekelip mata pembenci anwar ni duk tulis kat forum mcm2...mcm la org tu boleh terbang terus ke tempat tu guna kepak atau sekelip mata...

Mcm bodo je kan
Quote meya 21-12-2022 09:16 PM
Bila nak bagi pampasan ada juga yang sibuk sindir-sindir.  

Sebelum ni yang kata nak bagi pampasan walhal habuk pun tarak tapi dalam suratkhabar kata dah bagi taknak pulak kata apa.  

Korang ada dapat bantuan ‘facemask’ masa awal pandemik dulu?
Quote mejaputih 21-12-2022 09:17 PM
meya replied at 21-12-2022 09:16 PM
Bila nak bagi pampasan ada juga yang sibuk sindir-sindir.  

Sebelum ni yang kata nak bagi pampasan  ...

Tak dpt langsung smpi ke sudah ,
Quote Goodluckdontcry 21-12-2022 11:03 PM
Ye bgsla..kiranya RM 10k tu sbg benchmark utk apa2 jua musibah yg meragut nyawa xkira siapa kene...untuk itu..den ucapkan tahniah..

Utk pakcik dan makcik yg kehilangan..takziah den ucapkan..jgnlah bersedih...yakinlah kasih sayang Allah SWT kpd anak2 pakcik dan makcik, sgt besar berbanding kasih sayang sesama manusia ni...moga kita semua baik yg dah meninggal atau msh hidup seketika ni, dirahmati dan dilindungi didunia dan akhirat..amin yra..
Quote clarizsa 22-12-2022 12:54 AM
Rumah dorang x jejas banjir sgt pun
Tapi tu lah jd mangsa sbb nak tinjau2 suasana banjir
Mmg menakutkan hal berkaitan letrik ni
Sbb tu tnb shut down abis sementara banjir x surut
Tu pun ada manusia bebal dok bising kt fb sbb umah dia yg x banjir turut tempias xde letrik pastu kecoh brg dlm freezer rosak
Bongok tak fikir mangsa banjir lain lagi teruk kena kemusnahan
Quote anakmak 22-12-2022 01:20 AM
10k per family
Okay la tu
Saper nak bagi?
Ke nak suruh family mangsa keluar kwsp memasing derma kat diri memasing balik pastu puja puji sbb bagi keluar duit kwsp
Quote rosedemon 22-12-2022 07:24 AM
wow jijah melawat kawasan gituuu
Quote venom1 22-12-2022 07:27 AM
Moga terus istiqomah Kak Wan
Quote stingergrumpy 22-12-2022 07:27 AM
Nek jijah melawat atas kapasitinya sbg isteri piyem, ap bandar tun razak atau sekadar ada bau bau bacang dgn keluarga mangsa?
Quote sangbara2020 22-12-2022 07:42 AM
ok la g melawat......hrp terus prihatin nasib rakyat....
Quote AnBulisia 22-12-2022 09:14 AM
10k ke 30k?
3 orang tu
Quote bakingsoda 22-12-2022 09:16 AM
AnBulisia replied at 22-12-2022 09:14 AM
10k ke 30k?
3 orang tu

10k satu keluarga
Quote nononcrux 22-12-2022 09:42 AM
meya replied at 21-12-2022 09:16 PM
Bila nak bagi pampasan ada juga yang sibuk sindir-sindir.  

Sebelum ni yang kata nak bagi pampasan  ...

dapat full set kotak dgn RTK test kit 3pcs
Quote nononcrux 22-12-2022 09:43 AM
semoga usaha perihatin PM-X terus telus dan saksama..

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 10:00 PM GMT+8 , Processed in 0.100622 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top