CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Selamba Jual Syabu Dan Ekstasi Dalam Wechat

21-12-2022 08:57 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 675| Komen: 3

JOHOR BAHRU – Kegiatan seorang lelaki yang aktif menjual dadah menggunakan aplikasi WeChat akhirnya terbongkar apabila dia diberkas bersama pelbagai jenis dadah bernilai RM371,075.


Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, suspek berusia 28 tahun berkenaan ditahan pada pukul 12.15 tengah malam tadi, di sekitar bandar raya ini.


Foto: Kosmo

“Modus operandi digunakan suspek adalah dengan mengiklankan bahan terlarang tersebut menggunakan aplikasi WeChat sebelum menghantar dadah yang disimpan di dalam sebuah kenderaan jenis Proton Saga kepada pelanggan di sekitar bandar raya ini.

“Siasatan awal mendapati suspek telah bergiat aktif dengan kegiatan tersebut sejak Oktober lalu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.


Tambah Raub, ketika serbuan dibuat, polis turut merampas 6.85 kilogram (kg) serbuk ekstasi, 145 biji pil ekstasi dan 74 gram (g) ketamin dengan nilai RM371,075.

“Dalam operasi berkenaan, polis turut merampas kenderaan digunakan suspek bernilai RM15,000 dan wang tunai sebanyak RM400, menjadikan keseluruhan rampasan berjumlah RM386,475,” ujarnya.

Tambah beliau, suspek kini dikenakan tahanan reman selama tujuh hari bermula hari ini manakala kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebatan.-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edayildiz 21-12-2022 08:59 PM
mcmana polis blh detect ek?
kt tik tok takde ke jual
Quote rosedemon 22-12-2022 07:23 AM
kacau bisnes la polis ni

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 06:30 PM GMT+8 , Processed in 0.049598 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top