CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Bapa Buntu Anak 17 Bulan Perlu Ubat Mahal, Hanya Lapan Hari Dana RM9 Juta Berjaya Dikumpul

21-12-2022 08:35 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1830| Komen: 17

Bukit Mertajam: Kurang tempoh lapan hari, dana RM9 juta yang diperlukan Reese Tan Rui Xin, 17 bulan, yang menghidap penyakit genetik, Atrofi Otot Spina (SMA) berjaya dikumpul.


Reese memerlukan suntikan ubat jenis Zolgensma dari Amerika Syarikat (AS) yang bernilai RM9 juta.

Ibu bapanya, Rachele Chung, 38 dan Jason Tan, 47 sebelum ini buntu mencari dana memandangkan harga ubat mahal namun tidak berputus asa demi kesihatan anak bongsu mereka.

Rachele berkata, mereka terhutang budi dengan keprihatinan semua pihak yang sanggup menderma sehingga berjaya mengutip RM9 juta dalam tempoh masa yang singkat.


Foto: Harian Metro

"Anak saya perlu mendapat suntikan Zolgensma sebelum dia mencapai usia dua tahun.


"Ini adalah kerana jika melangkaui usia dua tahun, ubat ini tidak akan mendatangkan sebarang kesan kepada anak saya.

"Disebabkan itu, saya dan suami buntu mencari alternatif mengumpul dana sehingga kempen ini dilancarkan One Hope Charity and Welfare, sekali gus membei kesedaran kepada khalayak ramai berhubung penyakit SMA ini," katanya.

Sementara itu, Pengerusi One Hope Charity and Welfare, Datuk Chua Sui Hau, berkata pihaknya dalam proses untuk mendapatkan ubat Zolgensma berkenaan sebaik jumlah kutipan berjaya diperoleh.

"Kita kini bersaing dengan masa untuk merawat si kecil ini yang mana kesihatan dan nyawanya menjadi keutamaan.

"Pasa masa sama, kita akan memantau perkembangan rawatan kanak-kanak ini secara rapat dan akan maklumkannya menerusi laman media sosial dan sesawang One Hope Charity dari semasa ke semasa," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mejaputih 21-12-2022 08:54 PM
Ni warga malaysia atau warga China ye?
Quote Innrukia 21-12-2022 09:09 PM
One Hope Charity pembohong & manipulate derma org.
Ada kes employee kat company lama, depa letak photo untuk kutipan tapi one hope ni tak bagi semua pun kutipan derma yg orang derma untuk kes tu. Depa pandai2 pi bagi kat orang len @ amik utk kegunaan depa sendiri.
Utk kes ni aku brani ckp, RM9 juta tu high likely campur dgn derma orang utk kes2 lain.
Tggu org report je ni..
Quote Carcosa 21-12-2022 11:23 PM
Wei. Gilos boleh dpt 9 juta cepat nau. Mcm bau ikan je ni?
Quote Perawankota 22-12-2022 12:02 AM
Teringat kat anak Buah faz and fattah
Quote TOPwind 22-12-2022 12:12 AM
laundering kot
Quote clarizsa 22-12-2022 12:14 AM
Mahal nya kos ubat etc
i cuma terfikir berbaloi ke diselamatkan kalau end up mati
Tapi fikiran tu tak patut i luahkan la sbb sangat negatif dan x elok
Cuma taip kt sini je tapi ibubapa selalunya akan usaha sehabis mgkin la nk selamatkan anak wpun xde harapan ke apa kan
So dorang bertuah la ramai derma bantu cmtu
Quote bitterchoc 22-12-2022 12:32 AM

Menakutkan wei ubat2 mahal macam ni. Harap syarikat pharma ni pun tak tipu harga ye.
Quote slyfynx 22-12-2022 12:53 AM
Ntah la.
Kes ni macam sedikit fishy untuk aku.
Quote rosedemon 22-12-2022 07:22 AM
mak ai 9 juta kot. ubat apa 9 juta kalau aku biar jela mati.wuuu  jgn kecam ya
Quote Buritan 22-12-2022 07:28 AM
Innrukia replied at 21-12-2022 09:09 PM
One Hope Charity pembohong & manipulate derma org.
Ada kes employee kat company lama, depa letak pho ...

Mcm tu plk.. baik cina ke mulayu ke.. sama je
Quote sangbara2020 22-12-2022 07:40 AM
harus disiasat.....mohon siasat....
Quote BoongaKertas 22-12-2022 07:52 AM
lps baca komen di atas, meols terus jd x seprais dah. terkejut gak less than a month dpt dana tu.
Quote VespaSilbe 22-12-2022 08:32 AM
One hope ni bukan ada klinik ngan hotel jua kan.. agama tu mmg tlg penganut agama tu.. X seprais sgt sebab ada sorang kawan anak dia sakit p klinik hope ni kena makan ubat mahai depa bagi free sajork sebab ibu tunggal walaupun sheols muslimah
Quote duri_durians 22-12-2022 09:23 AM
ex colleague aku (bukan msia) smpai benti kje sbb nk kena jaga anak bpenyakit sama. anaknya baru lahir. dia ada gk buka GoFund/ setara utk dapatkan dana beli ubat Zolgensma. setau aku tak cecah lagi angka yg diperlukan. kalau kt Msia leh dpt RM9 juta mmg hebat betul.
Quote ezacbee 22-12-2022 09:25 AM
Fuh kos rawatan pun juta2.. mcm2 penyakit sekarang ni.
Quote apech 22-12-2022 09:27 AM
Carcosa replied at 21-12-2022 11:23 PM
Wei. Gilos boleh dpt 9 juta cepat nau. Mcm bau ikan je ni?

salah satu cara marketing depa utk men legitkan scam beliau. So lepas ni berpusu2 la netizen derma sb konon2 ada kes yg dh ditolong mereka
Quote boo07 2-12-2024 08:21 AM
?oƚ ɘm ƚᴎɒw uoʏ oᗡ

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.240882 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top