CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Banyak Kali Ditawarkan Jadi Calon, Fazley Yaakob 'Tak Hingin' Nak Masuk Politik

21-12-2022 08:05 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2387| Komen: 35

Penyanyi juga cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob, 44, tidak berhajat memasuki dunia politik meskipun sudah banyak kali ditawarkan menyertai parti tertentu mahupun bertanding sebagai calon.


Fazley berkata dalam banyak-banyak bidang ingin diceburinya, dia tidak melihat politik adalah saluran pilihan buatnya berkhidmat untuk masyarakat meskipun membesar dekat dengan pilitik.

Foto: IG

"Sudah banyak yang tawarkan untuk masuk politik dan arwah bapa saya sendiri pernah menjadi orang kuat di belakang beberapa parti. Saya pun pernah jadi pembantu peribadinya dan menyaksikan sendiri politik berevolusi.

"Apapun, jawapan saya masih tidak sama ada jadi calon, atau masuk mana-mana parti. Saya enggan terbabit meskipun asal pilihan raya, nama saya selalu naik, disuruh promosi, tapi saya selesa berada 'atas pagar'," katanya.




Peserta Gegar Vaganza 8 (GV8) itu berkata dia bagaimanapun memang sentiasa terbuka untuk menerima undangan mana-mana parti politik bagi tujuan memberi ceramah berbentuk motivasi.

"Sejak usia 20-an lagi saya disuruh masuk politik mungkin kerana latar belakang saya pun sebagai seorang pembahas. Tapi, memang akan fikir 100 kali dan kemungkinan untuk terbabit itu memang sifar.

"Namun, saya ada saja datang jamuan politik dan tidak kisah pun siapa atau parti mana yang jemput saya pergi. Setakat ini, tiada pun orang mengata kerana saya akan pastikan undangan itu berbentuk program motivasi atau sahsiah diri," katanya.



Terdahulu, Fazley ditemui semalam di kafenya Suka Sucre Bistro, Taman Sri Hartamas, dekat sini sewaktu sesi bertemu media bagi berkongsi perkembangan serta perancangan kariernya akan datang.

Menurutnya, dia akan mengukuhkan lagi jenamanya sebagai cef serta penyanyi pada tahun hadapan. Bahkan, dia bakal terbabit dengan 13 jenama antarabangsa dan tempatan sebagai duta dan wajah produk.



Tidak ketinggalan, dia juga bakal memulakan tugasnya sebagai profesor dan pensyarah berkontrak dalam jurusan kulinari di beberapa universiti.  -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote September14 21-12-2022 08:22 PM
Nk mencarut je tgk muka dia
Quote prizadane 21-12-2022 08:50 PM
Kalau jadi calon, confirm kalah and burn deposit. Silap silap, undi pun less than 50. Memalukan. Nasib baik sedar diri kan?
Quote gerbera.memopad 21-12-2022 09:19 PM
Ada ke orang nak undi pun?
Quote red_velvet 21-12-2022 09:20 PM
Senyum senget, mata senget, kening senget, dah ma am kena bell's palsy ..ko ingat ko hensem?????
Quote zie_indah 21-12-2022 09:28 PM
Dlu2 zmn muda waktu dia minat tok tu nak semengah ja skrg ni entoh Ler...senget beno senyum tu yop.. hahahaha
Quote golden_rose 21-12-2022 09:44 PM
elok la tak masuk. buat semak je. yg jadi jadi ahli politik sekarang pun sampah je banyak dengan peg khas dorang yang lebih2. meluat
Quote Russ34 21-12-2022 11:38 PM
Video gym tu btul² menghiburkan
Quote Carcosa 21-12-2022 11:48 PM
Eh babi nya muka dia gambar yg 1st tu.
Mcm nak sepak je muka kau, lepas tu aku geles muka ko dgn tractor. Annoying nak mampos muka buat gitu
Quote slyfynx 22-12-2022 12:01 AM
X de sape pun tanya.
Gi la mereput sorang2.
Semua mende nk enter-frame.
Quote Perawankota 22-12-2022 12:04 AM
Apesal lah gmbr semua mcmtu
Quote heythere123 22-12-2022 12:06 AM
dia ni memang gila spotlight ke
Quote heythere123 22-12-2022 12:06 AM
ada je benda dia buat untuk  upkan nama sendiri tapi tetaplah sendurina
Quote miznora 22-12-2022 12:07 AM
Apesal gambar dia semua mulut2 senget
Eee geram je rasa nak tampar2

Jap lagi aku kena kaunseling & motivasi dgn dia lak. Sbb hati hitam
Quote whimsicalmusic 22-12-2022 03:24 AM
Carcosa: Eh babi nya muka dia gambar yg ...
aku tgh scroll2 main page, bila tnmpk je muka tahi die cmtu mengucap aku sbb tkejut..xtao la muka lega lepas sembelit ke cmne
Quote Diamondmoney 22-12-2022 07:30 AM
Muka gatal
Quote rosedemon 22-12-2022 07:31 AM
xnk aku calon macam ni lembik yekk
Quote buapakperut 22-12-2022 07:39 AM
geli siyot memek muka tu
Quote bulalof 22-12-2022 07:43 AM
instructor gym lebih menutup aurat dan tahu malu dari beliau........
Quote debab_78 22-12-2022 08:14 AM
gambar first tu ya ampun.. rasanya era selfie2 ni dah patot berlalu utk heols yg dah 40's mcm tu

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 04:58 PM GMT+8 , Processed in 0.102688 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top