CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tukang Kasut Bunuh Anak Sulung, Simbah Anak Bongsu Dengan Air Panas

21-12-2022 07:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2507| Komen: 23

Tukang kasut didakwa membunuh anak sulungnya sebelum mayat mangsa ditanam di kawasan riadah dekat sini, awal bulan ini.

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur mendakwa Mohd Yasin Halik, 40, membunuh kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun di sebuah rumah di Jalan Pudu, Dang Wangi pada 9 malam, 9 Dis lepas.


Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.


Utusan

Tertuduh sekadar mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Wong Chai Sia kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mahkamah menetapkan 21 Feb tahun depan untuk sebutan semula kes.


Di mahkamah sama, Mohd Yasin mengaku bersalah menyimbah air panas ke badan teman wanitanya, Suma yang juga warga Indonesia sehingga mangsa melecur pada punggung kiri. Bagi kesalahan itu, dia dijatuhkan hukuman penjara empat bulan.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di lokasi sama jam 1 pagi pada 8 Dis lepas dan boleh dipenjara maksimum tiga tahun atau denda atau sebat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu dijalankan bermula tarikh tangkap pada 11 Dis lepas.

Terdahulu, Mohd Yasin tenang sepanjang prosiding dan hanya menggelengkan kepala apabila dia yang tidak diwakili peguam ditanya sama ada ingin membuat rayuan bagi meringankan hukuman.

Di Mahkamah Sesyen pula, Mohd Yasin mengaku bersalah menyimbah air menggelegak daripada pemanas air ke atas anak bongsunya, kanak-kanak perempuan berusia enam tahun, di lokasi sama pada 12 tengah hari, 1 Dis lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Hakim Norina Zainol Abidin menetapkan 9 Jan tahun depan bagi fakta kes dan hukuman. 


Sumber: BERNAMA






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Raline 21-12-2022 10:50 AM
[Tempatan] tak kuat semangat jangan tengok....Bapa mengaku tanam mayat anak di tepi jalan
Quote CARI-MAL 21-12-2022 07:23 PM
Tukang kasut didakwa membunuh anak sulungnya sebelum mayat mangsa ditanam di kawasan riadah dekat sini, awal bulan ini.


Mahkamah Majistret Kuala Lumpur mendakwa Mohd Yasin Halik, 40, membunuh kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun di sebuah rumah di Jalan Pudu, Dang Wangi pada 9 malam, 9 Dis lepas.


Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.




Utusan




Tertuduh sekadar mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Wong Chai Sia kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.


Mahkamah menetapkan 21 Feb tahun depan untuk sebutan semula kes.


Di mahkamah sama, Mohd Yasin mengaku bersalah menyimbah air panas ke badan teman wanitanya, Suma yang juga warga Indonesia sehingga mangsa melecur pada punggung kiri. Bagi kesalahan itu, dia dijatuhkan hukuman penjara empat bulan.


Dia didakwa melakukan perbuatan itu di lokasi sama jam 1 pagi pada 8 Dis lepas dan boleh dipenjara maksimum tiga tahun atau denda atau sebat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.


Mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu dijalankan bermula tarikh tangkap pada 11 Dis lepas.


Terdahulu, Mohd Yasin tenang sepanjang prosiding dan hanya menggelengkan kepala apabila dia yang tidak diwakili peguam ditanya sama ada ingin membuat rayuan bagi meringankan hukuman.


Di Mahkamah Sesyen pula, Mohd Yasin mengaku bersalah menyimbah air menggelegak daripada pemanas air ke atas anak bongsunya, kanak-kanak perempuan berusia enam tahun, di lokasi sama pada 12 tengah hari, 1 Dis lepas.


Dia dituduh mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Hakim Norina Zainol Abidin menetapkan 9 Jan tahun depan bagi fakta kes dan hukuman.




Sumber: BERNAMA








Quote Perawankota 21-12-2022 07:34 PM
Gila punya manusia…
Quote Skuau 21-12-2022 07:51 PM
berharap dia x gila..kang terlepas hukuman...pulok.
Quote edayildiz 21-12-2022 07:55 PM
gila kot
Quote Kurex 21-12-2022 07:58 PM
Semoga kemaluannya ditumbuhi kulat dan nanah yang busuk
Quote missbigrockstar 21-12-2022 08:00 PM
Syaitan ka apa ni
Quote fefeeling 21-12-2022 08:00 PM
Skuau replied at 21-12-2022 07:51 PM
berharap dia x gila..kang terlepas hukuman...pulok.

Dia angguk paham apa hakim tanya tak gila la tuh.. btw mana dia dpt baju petronas tu dah tak pasal2 bad repo kampeni image
Quote syamzana 21-12-2022 08:01 PM
dia ni knp??
bunuh anak, simbah air panas kat anak+gf lagi.
hukum gntg smpai mati je laa...hidup pun menjahanamkan hidup org lain je.
Quote dua_chzy 21-12-2022 08:02 PM
Kalau kea sebegini kan, aiol sokong kasik qisas aja sebagai balasan dunia.
Quote namr 21-12-2022 08:06 PM
jahatnya ko celaka
Quote sukacactus 21-12-2022 09:43 PM
Edited by sukacactus at 21-12-2022 09:45 PM

Apabenda yg aku baca ni?
Manusia ke apa dia ni
Quote Suchi 21-12-2022 09:57 PM
Anak2 dia tu maknya sapa? mmg anak kandung dia la ye?
Kesiannya sampai mati dibuatnya kejam betul
Quote Triple_8 21-12-2022 10:07 PM
Barangkali budaya jahiliah "membunuh anak" sudah sampai ke Malaysia.
Quote margo20 21-12-2022 10:08 PM
Mamat ni bole berjodoh dgn siti benon
Quote bondeh 21-12-2022 10:32 PM
Sewel. Dah takde iman.
Quote supernaturalee 22-12-2022 01:28 AM
fefeeling replied at 21-12-2022 08:00 PM
Dia angguk paham apa hakim tanya tak gila la tuh.. btw mana dia dpt baju petronas tu dah tak pasal ...

1st thing in mind bila tgk gmbr tu
Amboi baju korporat kau kemain lg


Anyway elok humban ke neraka jeni

Quote faraway1 22-12-2022 01:36 AM
Gila betul, harap dia kena simbah air panas menggelegak setiap hari sampai mampus
Quote zehra2 22-12-2022 02:33 AM
perangai buruk kan.
Allah swt bayar cash di dunia.
malu tak keluarga ada seorang siyal mcm ni.
tunggu pulak hukum di akhirat!

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 12:32 PM GMT+8 , Processed in 0.098831 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top