CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Firdaus Wong Tak Tahu Pengadu Hantar Gambar Lucah Kepada Ebit Lew

21-12-2022 07:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1680| Komen: 10

Firdaus Wong memaklumkan kepada mahkamah bahawa dia tidak diberitahu pengadu ada menghantar gambar lucah kepada Ebit Lew.

Saksi ketiga itu, Firdaus Wong Hai Hung, 39, menjawab perkara berkenaan dalam pemeriksaan balas peguam bela, Ram Singh pada sesi perbicaraan membabitkan pendakwah terkenal Ebit Lew di Mahkamah Majistret Tenom pada Rabu.


Pendakwah bebas itu turut memberitahu kepada mahkamah bahawa beliau tidak pasti bahawa gambar lucah itu dikeluarkan dari telefon bimbit pengadu.


Firdaus

Bagaimanapun, semasa pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria meminta Firdaus menjelaskan apa maksud beliau ketika ditanya mengenai gambar lucah yang dihantar kepada Ebit.


Firdaus menjelaskan bahawa pengadu tidak pernah memberitahu kepadanya dan beliau tidak juga bertanya kepadanya selain itu adalah kali pertama dia melihat bahan bukti berkenaan.

Beliau pun tidak boleh pastikan bahawa gambar itu adalah gambar lucah pengadu atau orang lain.

Sementara itu, dalam prosiding sama, pihak pendakwaan menampilkan seorang lagi saksi iaitu Asisten Superintenden Polis (ASP) Siti Nooraini Mohd Sahid sebagai saksi keempat dalam perbicaraan kes gangguan seksual melibatkan Ebit.

Ebit, 37, diwakili barisan peguamnya iaitu Ram Singh, Kamarudin Mohmad Chinki, Timothy Daut manakala Majistret ialah Nur Asyraf Zolhani.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, Muhammad Ilmami Ahmad, Zahida, Adibah Saiful Bahri dan Nur Masrin Amalia.

Ebit berhadapan dengan berhadapan 11 pertuduhan membuat hantaran gambar dan perkataan lucah bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac hingga Jun 2021 mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.


Sumber: Sinar Harian







Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zack8hunter 21-12-2022 07:30 PM
so pengadu pun sama merenyam la kan? duit pun dpt.. layankan jer
Quote Perawankota 21-12-2022 07:36 PM
Ujung2 mamt ni dipersalahkan…
Quote pooh~key 21-12-2022 07:40 PM
Sebab tulah akak tong sampahkan adja cakap2 bajet mangsa ni dek. Termasuklah si acah2 mangsa pu azman gay tu dek. Terang lagi bersuluh “bebudak” tu pun sama gatal merenyam dek.
Quote dua_chzy 21-12-2022 08:10 PM
pooh~key replied at 21-12-2022 11:40 AM
Sebab tulah akak tong sampahkan adja cakap2 bajet mangsa ni dek. Termasuklah si acah2 mangsa pu azma ...

Dari awal lagi memang pengadu tu pun dikecam kakak. Sebab nampak sangat dua2 nakkan each other walaupun conversation si pengadu dia dan delete siap sebelum kasik kat Firdaus Wong/tersebar.
Quote makadek 21-12-2022 09:02 PM
Pengadu sama merenyam ke tak yg penting wombit mmg gatal
Quote pooh~key 21-12-2022 09:13 PM
makadek replied at 21-12-2022 09:02 PM
Pengadu sama merenyam ke tak yg penting wombit mmg gatal

Yang itu memang tak disangkal lagi sisthurrr… sebab tu awal2 lagi akak tak pernah kagum pun dengan bitjelir ni sisthurr… he is just another human being sis. Tak ada apa pun kat dia yang sampai manusia kena sanjung heshe sis. Kohkohkohkohkoh.
Quote Perwira2022 21-12-2022 09:32 PM
Pengadu layan ke, menggoda ke, merenyam ke, yg penting ostat Ebit selama ni seorang munafik & berpura2 warak.... Suka sama suka pun tetap salah di sisi agama dan mengkhianati kepercayaan masyarakat. Menipu orang ramai dengan topeng pendakwah. Menunggang agama untuk kepentingan diri.

Takde beza dengan Anwar Berahi... Sepol sukarela ke, kena paksa ke, Nuar ternyata seorang peliwat yg hipokrit konon pejuang nilai-nilai Islam.
Quote limesherbet 21-12-2022 09:32 PM
Husband kawan kakak i bro firdaus wong ni...good man, manhaj salafi....kadang ada di al-khaadem tempat sheikh hussein yee.....i suka pergi al-khaadem ni for classes.... tarawih ramadhan pun i gi sini sebab ikut sunnah nabi...tak mcm most masjid buat tu
Quote gold_teeth 21-12-2022 09:36 PM
limesherbet replied at 21-12-2022 09:32 PM
Husband kawan kakak i bro firdaus wong ni...good man, manhaj salafi....kadang ada di al-khaadem temp ...

Alhamdulillah tula ada stgah xstju ngn FW tp so far nmpak dia neutral.. ada dgar dia kawin 2 btol ke
Quote boo07 2-12-2024 08:22 AM
?oƚ ɘm ƚᴎɒw uoʏ oᗡ

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 06:44 PM GMT+8 , Processed in 0.059164 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top