Seorang lelaki dari Arkansas, Amerika Syarikat (AS) yang berdepan pertuduhan melakukan serangan dan memiliki senjata api dengan selamba keluar dari mahkamah ketika juri sedang membuat keputusan dalam kes itu.
Menurut Timbalan Pendakwa Raya Norman Frisby, yang mengendalikan kes itu, Watts sedang dibicarakan di Mahkamah Grant County di Sheridan, Portal NBC News melaporkan, Watts kemudian didapati bersalah atas kedua-dua pertuduhan dan ditahan sehari kemudian. Juri mensabitkan Watts bersalah untuk tuduhan pertuduhan membabitkan melakukan serangan apabila dia melarikan diri, kata Frisby.
Menurutnya lagi, Watts dituduh mengugut seorang wanita dengan senapang patah semasa berada di rumahnya pada 29 November 2018. Video pengawasan pada masa kejadian menunjukkan Watts duduk di sebelah peguam belanya sebelum bangun dan berjalan keluar dari bilik mahkamah. Lelaki kemudian menuruni tangga, menuruni lorong dan keluar dari bangunan itu. Watts ditahan pada petang Selasa, manakala tiga individu lain turut ditangkap dan didakwa kerana mereka membantu tertuduh meninggalkan mahkamah, kata pejabat syerif. Juri menjatuhkan hukuman penjara 36 tahun kepada Watts iaitu 10 tahun bagi tuduhan serangan dan 26 tahun kerana memiliki senjata api, kata Frisby. Sumber: Harian Metro |
ADVERTISEMENT