Kapten All Together Now Malaysia Musim ke-2 (ATNM2), Datuk Syafinaz Selamat mengakui gembira apabila salah seorang peserta program tersebut, Fieqa yang menjadi tular baru-baru ini terbuka menerima tegurannya.
Kata Syafinaz, sebagai seorang yang lebih dewasa sudah menjadi tanggungjawab untuk menegur golongan yang lebih muda sekiranya melakukan kesilapan selain dapat memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan menjaga adab. Syafinaz mengulas perkara itu menerusi satu hantaran di Instagram Stories miliknya baru-baru ini. Dalam masa sama, pelantun lagu Ingin Bersamamu itu turut menasihati orang ramai agar menghentikan keceman ke atas gadis berusia 16 tahun itu.
Terdahulu, nama Fieqa menjadi sorotan wargamaya selepas tindakanya menjawab soalan yang diajukan oleh salah seorang juri ATNM2, Catriona Ross dilihat sedikit tidak beradab. Malah Fieqa turut menerima keceman hebat daripada netizen di seluruh media sosial.
|
KamikuP replied at 21-12-2022 05:20 PM
Cuolls kene game dgn asteruk jer lah nak naikkan rating program sampah..
Org tgh kecoh2 banjir koran ...
ADVERTISEMENT