Rupa-rupanya, perempuan luar negara sangat tertarik dengan lelaki Malaysia kerana perbezaan dan kelainan sikap lelaki Malaysia dan lelaki di negaranya.
Terbaru, tular di TikTok video yang dikongsi seorang gadis Rusia, @sarawakiangirl88 memuji sikap lelaki Malaysia melayan pasangannya dengan baik. Menerusi video itu, gadis tersebut menunjukkan bukti kenapa dia mengatakan lelaki Malaysia adalah lelaki terbaik. Menurutnya, dia tertarik dengan cara lelaki Malaysia melayan pasangannya dan sikap mereka yang terlalu ambil berat terhadap pasangan.
Tambahnya lagi, dia tidak pernah melihat sikap lelaki Malaysia ini pada mana-mana lelaki di Rusia. Menjengah ke ruangan komen video tersebut, ramai perempuan bersetuju dengan kenyataan berkenaan lelaki asia memang terbaik dari segi menjaga pasangannya. Ada juga yang mengatakan lelaki Malaysia bersikap begitu kerana pasangannya juga menjaganya dengan baik. Sumber: Murai |
Sazreena replied at 21-12-2022 05:16 PM
Dapat yg caring, ampunlah. Sekali dapat yg bewak pakej kaki pukul, kaki dadih, kaki tino, kaki mesin ...
gideoncross replied at 21-12-2022 06:29 PM
Punyalh bnyk llaki2 yg bgus2 kat luar tu, llaki2 kat Melesia jugak yg d pujinya haha. Worst af.
Sazreena replied at 22-12-2022 07:47 AM
Lelaki ni tak kira bangsa..kalau baik tu, memamng la terpaling..kecuali la yg kena nasi kangkang.. ...
esbok replied at 21-12-2022 04:32 PM
boleh tak orang malaysia ni jangan makan puji sangat. ni semua trick foreigner nak tarik clout. jang ...
esbok replied at 21-12-2022 03:32 PM
boleh tak orang malaysia ni jangan makan puji sangat. ni semua trick foreigner nak tarik clout. jang ...
ADVERTISEMENT