CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mayat Mangsa Ke-26 Berpelukan Dengan Anjing Peliharaan

21-12-2022 03:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3949| Komen: 42

Mayat lelaki dewasa yang juga mangsa ke-26 ditemui pada Rabu dalam keadaan berpelukan dengan seekor anjing peliharaannya.

Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah, mayat berkenaan ditemui sektor B, bersama seekor anjing yang telah mati.



Operasi pencarian di sekitar kawasan turut menemui bangkai seekor lagi anjing dipercayai milik mangsa. - FB Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor

Operasi pencarian di sekitar kawasan turut menemui bangkai seekor lagi anjing dipercayai milik mangsa.

"Kita telah jumpa satu mayat di Sektor B, jadi mayat ini kita kenal pasti sebagai satu lelaki dewasa, namun umur tak boleh dianggarkan lagi.


"Setakat ini, mayat telah dibawa keluar dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

"Untuk makluman, bersama dengan mayat ada dua ekor anjing, telah dikeluarkan juga oleh anggota penyelamat dan diserahkan anjing tersebut kepada Jabatan Veterinar untuk tindakan lanjut," katanya dalam sidang media di lokasi kejadian di sini pada petang Rabu.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, dengan penemuan itu, beliau percaya lebih banyak mangsa yang hilang akan ditemui anggota mencari dan menyelamat.

"Semakin lama semakin baik, Alhamdulilah yang kita jumpa bukan di Sektor C, tapi di sektor B, kita letakkan satu jengkaut tanah.

"Hari ini kita jumpa dia (mayat mangsa) berpelukan dengan sekor anjing, dan seekor lagi di kawasan sekitar," katanya berkenaan mangsa itu yang dipercayai membawa tiga ekor anjing peliharaan ke tapak tragedi.

Tambah Hafisham, siasatan awal mendapati mangsa berkhemah di sektor A iaitu di Hillview, namun dipercayai telah dibawa arus sehingga ke sektor B lokasi ditemui.

"Kemudian besar dia berkhemah di sektor A tapi dibawa arus ke sektor B.

"Maknanya sektor B dipercayai semua mangsa dah tiada di situ jadi kita tumpu di C dan A," katanya lagi.


Sumber: AWANI




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote green~tea 21-12-2022 03:56 PM
Allahu Akbar... semoga semua mangsa ditemui
Quote cucutokwan89 21-12-2022 04:32 PM
green~tea: Allahu Akbar... semoga semua m ...


Aamennn
Quote prettyuglybabe 21-12-2022 04:34 PM
kasihannya..

Quote elzy 21-12-2022 04:42 PM
Sedih.. tak dapat bayangkan mereka berpelukan di bawah timbunan tanah..
Quote JunkMail 21-12-2022 04:44 PM

Harap dah matilah ketika tertimbus tu.. menakutkan sangat kena timbus hidup hidup
Quote black_handbag 21-12-2022 04:46 PM
sesak napas aku membayangkan. trauma la nak join aktiviti camping2 ni. haritu teringin jgk nak beli tent dan barang2 nak camping. skrg trauma terus aku
Quote She-Ra 21-12-2022 04:48 PM
sedih sgt sgt sgt
sekor lg anjing peliharaan mangsa tak dijumpai.. semua ada 3 ekor
Quote mdhelmi 21-12-2022 04:52 PM
sebab tu kene jaga solat
insyaAllah Allah akan hindarkan dari perkara2 buruk
daripada jadi pergi camping tiba2 rasa berat nak pergi atau tiba2 anak demam so cancel pergi
tapi kalau nak jadi jadi jugaklah
kepada Dia je kita minta perlindungan

sori poyo sikit
Quote bondeh 21-12-2022 06:02 PM
Sedihnya ;(
Quote dua_chzy 21-12-2022 06:06 PM
JunkMail replied at 21-12-2022 08:44 AM
Harap dah matilah ketika tertimbus tu.. menakutkan sangat kena timbus hidup hidup

Rasanya sengsara mati kena timbus hidup2 sama saja dengan sengsara mati lemas.

Semoga dipermudahkan urusan team SAR dan dijauhkan dari sakit penyakit atau gangguan emosi/mental/etc sepanjang mereka bekerja. Semoga semua mangsa yang telah meninggal, dijumpai dalam tempoh terdekat...
Quote fefeeling 21-12-2022 06:09 PM
Doggos are truly a man’s best friend rest in peace owner & doggos
Quote ina_na 21-12-2022 06:17 PM
black_handbag replied at 21-12-2022 04:46 PM
sesak napas aku membayangkan. trauma la nak join aktiviti camping2 ni. haritu teringin jgk nak beli  ...

Aku dah bl khemah thn lps.khemah yg murah2 je tuk anak berkhemah depan rumah..Tu pun siang je la..mlm sejuk2 hujan ni buat seksa bdn je duk kat porch berkhemah tu..lg x kosher aku nk bawak p camping segala bagai ni...
Quote sailormars 21-12-2022 07:23 PM
kesian dekat semua mangsa
Quote missbigrockstar 21-12-2022 08:16 PM
Sedihnya
Dog is man's best friend sehingga akhir hayat
Quote bitterchoc 21-12-2022 08:21 PM


Alaaa. Sedih weh.
Quote samperit 21-12-2022 08:23 PM
Sedihnya
Mesti dia xnak tinggalkan tuan dia & tuan dia nak selamatkan dia atau vice versa
Quote sukacactus 21-12-2022 09:39 PM
Sedihnya baca news ni
Quote Nizleen86 21-12-2022 09:58 PM
Kalau iols dah terganggu bila jumpa mayat2 tu. Sedih. Kuat betul semangat team SAR ni. Kena tahan emosi sepanjang masa. Sedangkan diorang pun manusia biasa. Semoga abang2 team SAR dilindungi & sentiasa dirahmati. Besar pahala diorang.
Quote terma2nkondisi2 21-12-2022 10:33 PM
takziah

harap mangsa2 bencana ni termasuk yg bencana banjir terus tabah menghadapi segala dugaan dan cabaran

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 06:15 AM GMT+8 , Processed in 0.057274 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top