CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Banyak Pengajaran Menyakitkan, Boris Becker Temui Dirinya Semula Dalam Penjara

21-12-2022 03:41 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1059| Komen: 8

Bintang tenis Boris Becker berkata sepanjang berada di dalam penjara ia telah banyak memberikannya pengajaran serta mengubah dirinya, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

"Saya telah menemui diri saya semula ... Banyak pengajaran yang saya belajar. Pengajaran yang menyakitkan tetapi amat berharga.


Foto: PA

"Semua itu telah mendidik saya nilai yang baik dan penting. Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya," kata pemain tenis berusia 55 tahun itu dalam temu bual dengan saluran TV Jerman Sat 1.

Juara Wimbledon tiga kali itu, dijatuhi hukuman penjara dua setengah tahun pada akhir April di London kerana menyembunyikan aset bernilai berjuta-juta daripada pentadbir insolvensi.

Dia dibebaskan minggu lalu dan dihantar pulang ke negara asalnya Jerman selepas menjalani hukuman penjara selama lapan bulan.

Menceritakan pengalaman ketika di penjara, bekas ahli sukan itu berkata: "di penjara, anda bukanlah sesiapa. Anda hanyalah nombor. Mereka tidak memanggil saya Boris. Mereka panggil saya dengan nombor A2923EV."


Sumber: BERNAMA





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 21-12-2022 07:12 PM
Pasal tak isytihar harta pon blh masuk penjara…
Quote sharlenetexas 21-12-2022 07:14 PM
Heols masih dgn wife dia ke?


Quote sharlenetexas 21-12-2022 07:14 PM
Walaupun pernah jadi pemain top ten, takde istilah penjara vvip lah kot?


Quote noell 21-12-2022 07:20 PM
sharlenetexas replied at 21-12-2022 07:14 PM
Walaupun pernah jadi pemain top ten, takde istilah penjara vvip lah kot?

takdak ka camna?? kalo ada sure bole order makiato karamel hari2 sambil update tiktok
Quote dani-rox 21-12-2022 07:24 PM
anak dia yg rupa annabelle tu masih jd model ke. tingat kisah boris conceive anak tu dgn waitress dlm stor restoran - berhimpit2 dgn penyapu mop bagai
Quote SalenaGomez 21-12-2022 08:08 PM
Ok la tu… duk penjara time dunia tgh covid… org kat luar pon kena duk rumah je

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 03:12 AM GMT+8 , Processed in 0.038171 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top