CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 8 Tahun Lemas Di Kolam Renang Berombak Di Alor Gajah

21-12-2022 03:37 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4189| Komen: 40

Seorang kanak-kanak perempuan mati lemas ketika mandi di taman tema air di sebuah resort di Alor Gajah, semalam.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu berkata, mangsa lemas ketika bermandi-manda di pinggir kolam berdekatan pulau buatan berkedalaman hampir satu meter.



Gambar hiasan

Katanya, dalam kejadian kira-kira pukul 3.15 petang itu, mangsa yang berusia lapan tahun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di Hospital Alor Gajah.

“Mangsa datang ke taman tema air itu bersama ibunya yang mengikuti rombongan komuniti terdiri daripada 79 buah keluarga dari Kampung Sungai Tuan Seh, Tanjung Sedili, Johor.

“Ketika melakukan aktiviti, mangsa dikatakan lemas dan petugas taman tema telah melakukan bantuan menyelamat, namun kanak-kanak berkenaan disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke hospital,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambah Arshad, kolam tersebut merupakan kolam renang berombak dan akan bergelombang selama 10 minit bagi setiap 20 minit.

“Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. 


Sumber: UTUSAN





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miszclassique 21-12-2022 04:38 PM
Kecuaian parents ke hmmmm patut wajibkan pakai pelampung tangan at least sampai darjah 6... Sbb budak2 sekarang nampak mcm halus je pendek2
Quote black_handbag 21-12-2022 04:44 PM
kat mana ni.. mohon pencerahan.. tambun ke
Quote lilacomot 21-12-2022 04:53 PM
a famosa ke
Quote slyfynx 21-12-2022 04:58 PM
black_handbag replied at 21-12-2022 04:44 PM
kat mana ni.. mohon pencerahan.. tambun ke

Alor Gajah, Melaka.
Ade tulis dalam artikel tu
Quote talapia 21-12-2022 05:01 PM
kalau ikut kedalaman kolam tu.. mcm takdela dalam mana.. budak 8 tahun tinggi dah lebih 1m.. tu yg dia yakin je masuk kolam tanpa pelampung.. sbb bole berdiri kot. mana nk tau ada ombak.. bila ada ombak.. sah2 la tenggelam.. panic n tak dapat bangun semula.

orang dewasa pon kalau tenggelam walau sebenarnya jejak je kaki.. tapi bila kita jatuh.. susah nak bangun.. panic lagi..  mmg bole lemas
Quote menjad 21-12-2022 05:20 PM
Afamosa wet world kot... Mmg ada kolam berombak kat ctu. Besar kot ombaknya.
Quote cmf_premierleag 21-12-2022 05:24 PM
Penah main kolam ombak tu ms family day opis lama dulu
Best mmg best dilambung ombak bagai
Tp esoknya bila bangun tido, sakit2 satu badan sbb kene hempas ombak
Quote tri-max 21-12-2022 05:26 PM
A famosa la tu kalau da alor gajah
mmg masaklah management nak jawab
life guard yg dok tercongok kat atas tu tak perasan ke?
Quote mejaputih 21-12-2022 06:10 PM
Kolam ombak elok main dgn pelampung..sbb kuat gak arus ombak tu...
Quote lurve82 21-12-2022 06:20 PM
a famosa ke. Dkt dgn umah omak den. Takziah. Lama dh xpegi sana. Sedih betul.
Quote chandrahusin 21-12-2022 06:24 PM
Kalau Alor Gajah
A Famosa lah tu
Quote LoveSungmin 21-12-2022 07:02 PM
budak umur 8 tahun boleh ke main kolam ombak tu? parents busy buat apa sampai tak pantau anak?
Quote immi 21-12-2022 07:03 PM
Spechless nya. Family gathering kan? 79 org family gathering katanya, ramai tuuu, sorg pun x jaga arwah budak ni ke
Quote ekselen 21-12-2022 07:48 PM
Edited by ekselen at 21-12-2022 07:51 PM
talapia replied at 21-12-2022 05:01 PM
kalau ikut kedalaman kolam tu.. mcm takdela dalam mana.. budak 8 tahun tinggi dah lebih 1m.. tu yg d ...


cam aku le...kalo berenang2 bila nk bgn dan berdiri tu mcm struggle jgk...mcm dh tenggelam timbul dlm air...
Quote rogayahtop 21-12-2022 10:12 PM
salam takziah kpd ahli keluarga.

kalau boleh hantar la anak belajar berenang dr kecik. kalau kat putrajaya tu takdala mahal mana pun.

akak mmg kalau nampak budak2 swimming dkt tempat adult, mmg akak jeling je mak budak tu.


budak2 ni cepat je pickup teknik nak mengapungkan diri, berenang semua tu. yg penting belajar tak panik kalau tenggelam.  tiga bulan dah boleh berenang kuak kupu2 semua tu.

Quote cap_ayam 21-12-2022 10:15 PM
Salam takziah..
Quote MinahKarat 21-12-2022 10:24 PM
rogayahtop replied at 21-12-2022 10:12 PM
salam takziah kpd ahli keluarga.

kalau boleh hantar la anak belajar berenang dr kecik. kalau kat pu ...

Ye betul.. one of the reasons aku hantar anak belajar swimming seawal umur diaorg 6 tahun (tapi tu pun dah lambat kot aku rasa).. sebab kalau pergi bercuti and diaorg nak mandi swimming pool, takdelah risau sangat.. last2 coach nampak potential diaorg and terus suruh masuk competition.. mcm2 pertandingan renang masuk and now dah besar dah jadi assistant coach pulak buat part time.. at least dah ada satu skill disitu..

Anyway, yes.. actually skrg ni banyak dah kelas swimming especially area Klang Valley.. Bagila anak belajar at least masuk kelas basic learn to swim.. Kalau kolam dalam ke at least dorang dah pandai mcm mana nak apungkan diri dan pelan2 berenang ke tepi..

Salam takziah pada keluarga adik tu...
Quote Skuau 22-12-2022 12:27 AM
kolam camni memang boleh bdk bwh 12 taun mandi ke..@dgn/tanpa pengawasan orng dewasa???
Quote carlalily 22-12-2022 12:46 AM
Kalau sama mcm ombak kt sunway pyramid utk bdk 8 tahun mmg boleh lemas.. time ombak tu hempas jatuh kaki tak jejak kot. Pastu bila dtg ngan family ramai2 ni mula la parents harap kt org lain tgok ank..

Takziah utk family..

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 03:07 AM GMT+8 , Processed in 0.036434 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top