Sambutan Ambang Tahun Baharu yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada 31 Disember ini dibatalkan sebagai menghormati bencana banjir melanda Pantai Timur ketika ini.
Perkara berkenaan diputuskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Perdana Putra selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet tadi. “Oleh kerana banjir dan kesusahan rakyat, kita putuskan sambutan ambang tahun baharu di Dataran Merdeka dibatalkan,” katanya. Sumber: KOSMO! ONLINE
|
ADVERTISEMENT