CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Elon Musk Akan Letak Jawatan Selepas Temui Pengganti Yang 'Foolish Enough'

21-12-2022 02:53 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 656| Komen: 1

Ekoran desakan ramai, Elon Musk berkata, beliau akan meletakkan jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) Twitter sebaik menemui pengganti untuk mengambil alih jawatan itu.


"Saya akan meletakkan jawatan sebagai CEO sebaik sahaja saya menemui seseorang yang "foolish enough" untuk mengambil alih tugas itu!


Fox Business

"Selepas itu, saya hanya akan menerajui pasukan perisian dan pelayan," kata Musk di Twitter pada Selasa, lapor Agensi Anadolu.

Pengumuman Musk dibuat berikutan hasil tinjauan dalam talian yang disiarkannya di Twitter, sama ada beliau perlu meletakkan jawatan sebagai ketua platform media sosial itu.

Beliau mengambil alih Twitter pada awal tahun lalu menerusi perjanjian berprofil tinggi bernilai AS$44 bilion.

"Saya akan mematuhi keputusan tinjauan pendapat ini," katanya.

Tinjauan itu menerima lebih 17.5 juta undian di seluruh dunia dengan majoriti 57.5 peratus mahu beliau meletakkan jawatan, berbanding hanya 42.5 peratus mengatakan tidak.


Sumber: Harian Metro




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 03:09 AM GMT+8 , Processed in 0.030661 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top