CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warga Emas Maut Terbujur Dalam Longkang, Motosikal Terbabas

21-12-2022 02:49 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 645| Komen: 1

Seorang warga emas maut selepas motosikal dinaikinya terbabas sendiri ke dalam longkang di Jalan Rantau menghala ke Kampung Ribu, Kuala Sawah, Seremban pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, mangsa, Wong Ah Chai @ Wong Kum Hoong, 81, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.


SEORANG warga emas maut selepas motosikal dinaikinya terbabas sendiri ke dalam longkang dalam kejadian di Jalan Rantau menghala ke Kampung Ribu, Kuala Sawah di Seremban. - GAMBAR/IHSAN BOMBA

“Siasatan awal mendapati kemalangan pada pukul 8.45 pagi itu berlaku ketika mangsa menunggang motosikal dari arah Rantau ke Kuala Sawah.

“Semasa melalui selekoh, mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas masuk ke dalam longkang di bahu kiri jalan menghala ke Kuala Sawah,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Nanda berkata, kemalangan dipercayai berpunca daripada mangsa yang gagal mengawal kenderaan ketika melalui selekoh tajam.

“Akibat daripada kemalangan ini, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban bagi proses bedah siasat,” katanya.

Menurut Nanda, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 


Sumber: Utusan




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 03:09 AM GMT+8 , Processed in 0.026085 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top