CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

MPN Dibatalkan Kerana Pertindihan Fungsi, Jawatan - Anwar

21-12-2022 02:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1890| Komen: 12

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan status kedudukan Majlis Pemulihan Negara (MPN) yang ditubuhkan oleh kerajaan terdahulu dibatalkan.

Perdana Menteri berkata, keputusan itu dibuat kerana terdapat pertindihan fungsi dan jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu.


FB

“Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra di sini tadi.

Tambah Anwar, kedudukan Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) juga akan diteliti untuk dibubarkan kerana ada banyak badan-badan seumpanya serta wujud pertindihan bidang kuasa.

Katanya, jika bidang tugas boleh dikendalikan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau Polis Diraja Malaysia (PDRM), agensi seumpamanya akan dikurangkan kerana pertindihan tugas boleh mengakibatkan kos tinggi.

“Apa yang penting pusat GIACC ini prinsipnya itu diterima, tapi tidak boleh terlalu banyak seperti mana saya lakukan dengan Ketua Setiausaha Negara (KSN), malah tugas Perdana Menteri juga malah banyak yang telah saya lepaskan supaya dipertangungjawab kepada Timbalan Perdana Menteri.

“Tapi mana boleh digabungkan, maka digabungkan,” katanya.


Sumber: KOSMO! ONLINE





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote elzy 21-12-2022 02:27 PM
Setuju sangat jika Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) turut dibubarkan memang ada pertindihan kuasa fungsi SPRM terutama sektor kerajaan dan syarikat swasta. Tambah modal lagi untuk awareness dan segala macam latihan padahal fungsi tu boleh diambil oleh HR untuk internal manakala kes external rujuk SPRM.
Quote adelea 21-12-2022 02:37 PM
Betul , bagi sikit penjawat sprm buat keje .. hhehhee
Quote sangbara2020 21-12-2022 03:19 PM
disalurkan ke kementerian lain?
Quote noor2 21-12-2022 03:20 PM
Buang je mana2 yg merugikan duit negara...

Terbaik anwar
Quote MadameOnion 21-12-2022 04:36 PM
ABAH TERSAKITI LAGI
Quote kakikuDibibirmu 21-12-2022 04:38 PM
Abahsacow tersakiti kettewww?
Quote eragon 21-12-2022 04:51 PM
banyak agensi bertindih dan x perlu kat malaysia ni. lembaga lebuhraya malaysia pun seems bertindih dengan fungsi JKR. SPAD dan JPJ pun fungsi bnyk sama. APMM dan Jabatan laut pun mcm bnyk sama fungsi. DCA dgn MAVCOM pun mcm bertindih. Dan lain2 lagi laa.
Quote Nizleen86 21-12-2022 10:12 PM
Abah murung ke tu???
Quote Minami2013 21-12-2022 10:42 PM
MPN ni mmg tk perlu sbb dah ada kerajaan. Ape guna menteri dan timbalan2 menteri.
Quote sharlenetexas 21-12-2022 10:44 PM
Tubuhkan pacerat.


Quote xy_daen 21-12-2022 11:40 PM
Bagus..selayaknya...

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 02:57 AM GMT+8 , Processed in 0.033454 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top