CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hilang Kerja Kerana Muat Naik Video TikTok Ketika Cuti

21-12-2022 02:10 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1374| Komen: 6

Wanita di Sepanyol, baru-baru ini, kalah dalam tuntutan kes mahkamah terhadap syarikat yang memecatnya kerana dia didakwa menyiarkan aksi melakukan twerking di TikTok.


Sedangkan ketika itu, dia sebenarnya mengambil cuti berbayar atas alasan mengalami sakit belakang yang serius.



Oddity Central melaporkan, Tribunal Keadilan Tinggi di wilayah Castile dan Leon, baru-baru ini, mengekalkan keputusan sebuah pasar raya untuk memecat juruwang itu.

Berdasarkan dokumen mahkamah, wanita yang hanya dikenali sebagai 'Puan Piedad' itu adalah kakitangan Semark AC Group SA, syarikat di sebalik rangkaian pasar raya Lupa di Sepanyol.

Dia berkhidmat dengan syarikat itu sejak 2006 tetapi mengambil cuti bergaji pada akhir Januari tahun lalu kerana mendakwa menghadapi masalah sakit belakang yang serius.


Bagaimanapun, perkongsian video di TikToknya menunjukkan sebaliknya.

Menurut akhbar Sepanyol La Vanguardia, majikan Piedad menghantar pemberitahuan rasmi mengenai pemecatannya pada 14 September tahun lalu.

Wanita itu juga dimaklumkan bahawa pengurus kawasan melihat video berkenaan di TikTok dan aksi twerking itu dikatakan tidak sesuai dengan keadaan kesihatannya.

Jabatan sumber manusia Semark AC Group SA terus memantau akaun Piedad dan mengesahkan bahawa punggungnya kelihatan cukup sihat untuk melakukan beberapa gerakan.

"Apa dapat disangka sebagai proses penyembuhan singkat (namun) tular video menunjukkan penipuan dalam sistem faedah dan kurang hormat terhadap syarikat dan rakan sekerja," menurut surat pemecatan yang dikemukakan di mahkamah.

Piedad memfailkan tuntutan berhubung pemecatannya oleh Semark AC Group SA di mahkamah tahun lalu , tetapi setakat ini tidak berjaya dalam usahanya untuk membatalkan keputusan itu.

Piedad bagaimanapun masih mempunyai pilihan untuk membuat rayuan di Mahkamah Agung.


Sumber: Harian Metro




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nononcrux 21-12-2022 02:44 PM
padah layan tiktok..
Quote KamikuP 21-12-2022 03:12 PM
Mcm kampeni meolls, kalau staff mc sepatutnya duduk rumah berehat bukan gi shopping jln2 happy.. sbb ada kes kena buang kerja ... huhuuh
Quote akuMNdia 21-12-2022 03:41 PM
ramai jer manusia ngok mcm ni..
kata taksihat & dpt mc tapi kat whatsapp status & fb gambar berpoya2 sana-sini.
Quote green~tea 21-12-2022 03:47 PM
KamikuP replied at 21-12-2022 03:12 PM
Mcm kampeni meolls, kalau staff mc sepatutnya duduk rumah berehat bukan gi shopping jln2 happy.. sbb ...

Mmg kalo MC sepatotnya duk rumah kan..  kita ni sakit nak gi klinik pun tak larat ... tp demi amek ubat dan mc.. maka gagah kan jua... habis2 gi klinik depan rumah je lah..
Quote intan244 21-12-2022 09:50 PM
kalau live ye la. video mgkn lama punya.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 02:56 AM GMT+8 , Processed in 0.095092 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top