CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gambar Lionel Messi Pecah Rekod Instagram, Dapat Likes Lebih 67 Juta

21-12-2022 11:21 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 855| Komen: 2

London: Lionel Messi sekali lagi mengatasi Cristiano Ronaldo apabila dia memuat naik gambar Piala Dunianya di Instagram dan menjadikan ia gambar paling banyak mendapat tanda suka dalam sejarah.


Messi kini memecahkan rekod 'The Egg' untuk siaran Instagram yang paling disukai.

Gambar wira Argentina itu mengatasi gambar telur dalam akaun @world_record_egg yang entah bagaimana kini sudah melebihi 56.1 juta tanda suka.

Foto: IG

Messi memuat naik koleksi gambar dirinya menjulang trofi Piala Dunia dan kini mendapat 57.4m tanda suka.

Messi turut mengatasi gambar dia bersama Ronaldo bermain catur bersama.

Messi, 35, menjadi seorang pemain yang akan diingati apabila membawa Argentina memenangi perlawanan akhir menentang Perancis.

Bintang Paris Saint-Germain menjaringkan dua gol ketika perlawanan akhir yang terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti hatrik daripada Kylian Mbappe.



Namun Messi berjaya membawa barisan Argentina untuk menjulang Piala Dunia pertama mereka sejak 1986.

Keputusan itu menyaksikan Messi meletakkan tempatnya dalam buku sejarah sebagai pemain bola sepak terhebat yang pernah ada. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 22-12-2022 07:19 AM
so instagram ada bayor ke.post kat tiktok ada x

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 03:33 AM GMT+8 , Processed in 0.068291 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top