CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Percutian 4 Lelaki Ke Korea Bertukar Tragedi, Jadi Homeless 3 Hari Sebab Gagal Jawab Soalan Pelik Imigresen

21-12-2022 11:16 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10603| Komen: 131

Sejak drama-dramanya dipertontonkan di televisyen, Korea Selatan ibarat salah sebuah negara yang wajib dikunjungi oleh rakyat Malaysia.

Maklumlah, siapa yang tak ingin berkunjung ke negara yang kaya dengan adat dan budaya selain mempunyai pelbagai lokasi menarik.


Tambahan pula, syarikat penerbangan kos rendah turut menawarkan penerbangan secara terus ke Seoul, Busan dan Pulau Jeju hampir setiap hari.



Namun sejak akhir-akhir ini, sering dikhabarkan bahawa kemasukan ke negara empat musim itu agak ketat dan leceh.

Malah ada yang mendakwa ia berpunca daripada sikap segelintir rakyat Malaysia yang bertindak penting diri dan menyalahgunakan visa pelancongan yang diberi sehingga menjadi ‘Pati’ (pendatang asing tanpa izin) di sana.


Turut mengalami situasi getir tersebut, empat sekawan yang menjejakkan kaki di negara itu pada 4 Disember lalu.

Kejadian itu menyebabkan mereka tidak dapat merasai pengalaman musim sejuk malah gagal menyediakan kandungan untuk sesi pengajaran.



Menceritakan pengalaman pahit ketika pertama kali tiba di Lapangan Terbang Incheon, Mohamad Asraf Fauzi yang juga seorang guru berkata, dia tidak menyangka percutian musim sejuk yang dirancang sejak tiga bulan lalu bersama rakan-rakannya menjadi sulit sedangkan segala dokumentasi termasuk itinerari telah disediakan.

Lebih menyedihkan apabila pasport dan bagasinya turut ditahan oleh pihak Imigresen Korea Selatan sekali gus menyukarkannya untuk membeli keperluan seperti makanan di lapangan terbang berkenaan sepanjang tempoh tiga hari ditahan.

“Kami pergi dengan dokumen yang lengkap... dah ada tiket untuk penerbangan balik, hotel, modem wifi dan sebagainya.

“Sudahlah kena tahan sejurus sampai di kaunter pemeriksaan Imigresen, soalan yang diajukan kepada kami juga tersangat pelik dan di luar jangkaan.

“Dalam tempoh tahanan selama tiga jam tu, mereka tanya ‘pukul 8 pagi esok nak pergi mana, nak naik transport apa, makan apa, nak buat apa’... kami dah la pergi secara backpackers, jadi hanya boleh cerita perancangan sahaja,” luahnya ketika dihubungi mStar.

Bercerita lanjut, ujarnya, sepanjang tempoh tiga hari sementara menunggu penerbangan pulang ke Malaysia di lapangan terbang berkenaan, mereka hanya disajikan dengan cupcake dan jus oren bagi setiap waktu makan.

Bukan itu sahaja, layanan yang diberikan pihak berkuasa tersebut juga disifatkan sebagai teruk seolah-olah prejudis terhadap rakyat Malaysia, mungkin disebabkan ramai yang menyalahgunakan visa melancong.

Walhal katanya, setiap perkara dan jawapan yang diberikan adalah benar namun pihak terbabit masih tidak percaya.

Percutian lima hari yang dirancang tergendala kerana sekatan Imigresen Korea.

Percutian lima hari yang dirancang tergendala kerana sekatan Imigresen Korea Selatan.

“Mandi pun tak boleh juga sebab bagasi ditahan, mujur cuaca sejuk... kami memang tidur macam homeless yang dalam kesejukan di airport, cuaca pula negatif lima darjah celsius.

“Nak tidur di bilik menunggu yang disediakan pun tak selesa sebab busuk sangat, dalam tu penuh warga asing dari pelbagai negara seperti Rusia.

“Hanya kami berempat sahaja rakyat Malaysia yang terkandas di kaunter pemeriksaan Imigresen ni, yang lain dapat masuk,” katanya yang mengalami kerugian RM15,000 gara-gara tidak dapat bercuti seperti dirancang.

Tambahnya, kos berkenaan termasuk RM3,000 tempahan bilik hotel, tiket penerbangan pergi dan balik, perbelanjaan, pengangkutan dan sebagainya yang telah disediakan awal.

“Memang rasa sedih sebab sampai akhirnya tidak dibenarkan masuk Korea. Rancang bercuti lima hari tapi kena tahan tiga hari di lapangan terbang.

“Kedutaan di Korea pun kami dah hubungi tapi mereka cakap tak boleh buat apa-apa sebab kuasa sepenuhnya pada Imigresen,” luahnya yang masih pelik kerana tidak dibenarkan masuk meskipun mempunyai dokumen lengkap sebagai pelancong. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote esbok 21-12-2022 11:22 AM
ada cerita lagi penuh tak? dah tempah hotel, dah ada tiket flight  balik. pun kene hantar balik?
Quote emera 21-12-2022 11:23 AM
Korg ckp syarat utk nmpk mcm bakal jd pati kat negara tu. Tu je sbbnye.
Quote dua_chzy 21-12-2022 11:28 AM
Mungkin gaya berpakaian korang yang buat immi Korea suudzon. Macam set2 ummah Malaysia yang suka pi Oz la NZ la keje sebagai pemetik buah berpakaian.
Quote epullipan 21-12-2022 11:28 AM
kerna segelintir yang bangang buat hal yang lain terkena
Quote tungkai 21-12-2022 11:29 AM
Contoh soalan pelik..??Ada benda lain dia tak cerita ni..Aku syak cerita diorg tak sync masa kena interview dgn pegawai immi
Quote ezacbee 21-12-2022 11:32 AM
Tau2 jadi pati kat sana keje kilang. Banyak kes camni.
Quote Skuau 21-12-2022 11:32 AM
Segalanya dipermudahkan....hanya di Malaysia.
Quote kemaruk 21-12-2022 11:44 AM
Tak pelik pon soalan2 tu

Kata dah ada itinerari tapi bila pegaeai imigrraen tanya esok nak pergi mana, tak dapat nak jawab pulak

Itinerari tu hiasan je ke acaner
Quote ReginaGeorge 21-12-2022 12:00 PM
Tak cukup kpop untuk korea benarkan korang masuk.
Quote margo20 21-12-2022 12:01 PM
Kate cikgu takkan tak paham soalan pegawai immi?
Quote Themilo 21-12-2022 12:18 PM
setakat planning takde itinerary memang tak lepaslahh dekkk.. takde la pelik soalan imi korea tu.. patutnya kau dah plan esok pukul 8 nak pergi mana, pukul 10 nak ke mana, lunch kat mana, pukul berapa balik hotel etc. print siap-siap.

memang la backpackers, tapi at least kau dah tau nak tuju ke mana. bukan sekadar main redah je.
Quote selipar_hijau 21-12-2022 12:21 PM
aku tak rasa immi korea tu sengaja 'sangkut' kan diorg tak bagi masuk. ni mesti ada hal lain yg mencurigakan, kalau dh mmg prepare nak travel mmg kene siap ada la itinerary etc wpn tak semestinya ko pegi tempat tu. cara korang berpakaian pun mcm standard² nak gi jadi 'pati' kat sana.
Quote cmf_premierleag 21-12-2022 12:30 PM
Gini le stok2 backpackers la sangattt
Soalan immi tu valid je...kul 8 pagi sok nk gi mana, naik apa etc
Apa2 pun, cash la dikkk
Gaya pun mcm nk jd pati je kat sana

Quote pooh~key 21-12-2022 12:38 PM
Kena strip-searched dak dekkk?
Quote duri_durians 21-12-2022 12:45 PM
aku bnasib baik travel dgn org yg rajin buat iti harian smpai aku pun tak pasti cukup tak masa 24jam
Quote snowflakes 21-12-2022 01:26 PM
Rasa cam racist je korea ni... kalo gi uk... tanya balik bila... stay kat mana... ada tiket balik diorg macam dah ok... jawab soalan sikit2 dah ok... apahal nak itenari bagai...
Quote sukacactus 21-12-2022 01:27 PM
Eh kejapnya nak pergi 5 ari je
Jauh2 pergi, kurang2 seminggu dua
Quote zafira 21-12-2022 01:49 PM
akak dulu pegi satu family depa ada gak tanya.. sekali akak keluarkan full itinerary kaler booklet dari day 1 sampai day 8. siap dgn harga tambang bas, bas no bape,  subway line apa, kaler apa, stop kat mana, amik ko.. terus tak tanya...  tapi dulu la.. skrg tak ingin rasa nak repeat negara ni dah.. mujur dah repeat 3 kali dari tahun 2010 - 2013
Quote Itzy 21-12-2022 02:12 PM
cmf_premierleag: Gini le stok2 backpackers la s ...

perlu ke pakai lawa2 nak gi sana? backpacker kan?? lain la pergi rombongan pakej cam aku pernah pergi sebelum ni. pun aku pakai beshe2 je.

Lihat semua komen(131)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 03:23 AM GMT+8 , Processed in 0.092837 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top