CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Benda Negatif Letak Sebelah- Lima Tahun Dalam Industri, Sarah Suhairi Dah 'Masak'

21-12-2022 11:10 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1099| Komen: 10

Lima tahun berada dalam industri seni, penyanyi Sarah Suhairi mengaku pengalaman banyak mendewasakan dirinya untuk menempuh segala rintangan dengan cekal.

Mula dikenali selepas bergelar juara sebuah program realiti penyanyi baharu, kerjaya dalam dunia hiburan membuatkan Sarah lebih dewasa.

Foto: IG

“Pengalaman mematangkan saya, ia sudah lima tahun saya dalam industri bermula dari program realiti, untuk saya berada di mana saya hari ini, ia bukanlah perjalanan yang mudah.

“Saya dah lalui pelbagai perkara, mungkin kita tak sependapat dengan orang sekeliling, dengan pihak pengurusan juga ada pasang surutnya. Ada hari kecewa tetapi ia perlu diteruskan juga. Apa pun yang berlaku, kita kena tabah hadapinya.


“Secara jujurnya, jika nak menasihati orang untuk memasuki industri, bagi saya perlu untuk persiapkan fizikal dan mental kerana kadang-kadang bukan kerana orang sekeliling, tetapi kadang-kadang netizen. Ia memberi kesan yang banyak kepada emosi.



“Perkara negatif saya akan letak sebelah, kalau ia kesalahan saya, saya akan akui dan perbaiki dan jika ada pujian, saya perlu berusaha dengan lebih lagi.

“Sampai ke hari ini, apa yang boleh dijaga, saya akan jaga sebaiknya. Tapi inilah lumrah dalam industri. Setiap orang yang datang hidup saya bersebab dan saya hanya perlu baik dengan semua,” kongsi Sarah.

Dalam pada itu, Sarah terkejut dengan penerimaan peminat terhadap single terbaharunya berjudul Burn.



“Kini saya lebih untuk promosi lagu baharu saya dan buat persembahan untuk orang lebih kenal dengan lagu Burn.

“Mungkin dari YouTube agak perlahan untuk lagu saya naik, tetapi mengejutnya dari segi streaming ramai juga yang stream lagu Burn. Alhamdulillah saya sangat bersyukur tetapi untuk lagu yang akan datang saya mungkin cuba genre yang berbeza.

“Ada juga yang bertanya adakah saya akan tinggalkan genre balada, saya suka sebenarnya balada, tak boleh tinggalkan terus. Jadi saya akan keluarkan genre balada yang saya sendiri hasilkan.



“Bercakap mengenai single baharu, saya minta sendiri sebab saya buat demo dengan permulaan piano, jadi saya minta pengubah muzik untuk buat jadikan seperti lagu dalam drama Korea.

“Kami juga kejar juga untuk runut bunyi (OST) drama sebab kadang-kadang OST tak keluar muka tetapi suara saya masih ada di kaca televisyen.



“Untuk saya, peminat saya lebih sukakan genre balada, untuk lagu rancak ada juga sambutan tetapi berbeza dengan balada kerana ia universal. Kita akan kembali kepada genre balada. Jangan risau.

“Saya tak pernah lagi tulis lagu, jadi ini adalah kali pertama saya buat lagu, lirik, melodi dan susunan semuanya saya buat sendiri. Alhamdulillah sekarang saya hanya tunggu untuk proses rakaman sahaja dan jika diberikan rezeki akan dikeluarkan pada awal tahun hadapan,” ujarnya. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 21-12-2022 11:11 AM
ko nyanyi bunyi semput

buat benda lain la dek


Quote ReginaGeorge 21-12-2022 12:16 PM
Baru 5 tahun suka duka kau dik.. tak cukup lagi tu.
Quote refleCtion 21-12-2022 01:13 PM
5 tahun yg penuh sendu ke dik..
Better cr job lain la
Cashier supermarket ke
Quote AcikBuncit 21-12-2022 01:42 PM
5tahun awal sgt lg nk kata matang.. Lgpn dlm 5tahun tu bkn byk sgt job ko dpt pun.. Xpopular pn acik tgk haha xda tarikan la nk tgk ko ni dik..
Quote laksmanabentan 21-12-2022 01:48 PM
da 5 tahun tak terkenal, baik cari kerja lain jer la dek....
Quote codenamedream 21-12-2022 02:09 PM
Adik ni anak orka.

Biorlah dia nyanyi walau sendu.
Nanti dah bosan dia handle bisnes papa pulak.
Quote TerataiMelur02 21-12-2022 02:20 PM
refleCtion replied at 21-12-2022 01:13 PM
5 tahun yg penuh sendu ke dik..
Better cr job lain la
Cashier supermarket ke

Betul.
Muka n suara dia tak komersial
Quote cikatilia 21-12-2022 03:58 PM
sumbang dekk
Quote rosedemon 22-12-2022 07:29 AM
tak cantik xda aura. nextttt
Quote dekmieDandy 22-12-2022 10:49 AM
lagu dia selalu la jugak dengar kat radio

cuma tak letupan sangat la

oklar, compare dengan juara tahun ni ngan tahun lepas yang hilang terus

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 04:59 PM GMT+8 , Processed in 0.043497 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top