CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ambil Gambar IC Tanpa Kebenaran, Dolla Mohon Nasihat Tangani Situasi Didekati 3 Lelaki Dakwa Mereka Polis

21-12-2022 11:00 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3263| Komen: 19|Original author: Tatod

Sumber IG


Kumpulan Dolla yang dianggotai Syasya, Sabronzo, Angel dan Tabby mengakui keliru dengan berhadapan dengan situasi membabitkan tiga lelaki mendakwa diri mereka polis mengambil gambar kad pengenalan (IC) mereka tanpa izin.

Menerusi akaun Twitter rasmi, kejadian berlaku pada sekitar jam 11.30 malam semalam ketika kumpulan itu sedang menunggu kenderaan untuk pulang usai latihan menari.

"Tiga lelaki menaiki Proton merah memperlahanan kenderaan dan menurunkan cermin kereta. Mereka memandang kami dengan pandangan yang membuatkan kami tidak selesa.


"Awalnya, kami bimbang ia membahayakan nyawa kami kerana beranggapan mereka adalah perompak. Tetapi, sebaik mereka turun kereta dan menghampiri, mereka mengatakan mereka adalah polis tetapi tidak memakai uniform rasmi dan memandu kereta polis.


Jelas mereka lagi, ketiga-tiga lelaki itu juga tidak menunjukkan lencana pengenalan mereka dan terus menyoal siasat bertanyakan sama ada mereka warganegara Malaysia dan kenapa mereka berada di kawasan tersebut.

"Mereka serta-merta meminta IC dan secara senyap-senyap mengambil gambar IC tanpa kebenaran kami. Kami rasa hak kami dicabuli sebab apabila Syasya tanya kenapa tiba-tiba nak check kami, salah seorang daripada mereka jawab, 'kenapa tak boleh, kitorang polis!' dengan kasar dan menakutkan.

"Kami keliru dan takut sebab kami tidak lakukan apa-apa kesalahan. Hanya kami berempat dan sedang berdiri di tepi jalan selepas selesai latihan menari. Pastu kami ternampak sebuah kereta berhenti berdekatan, mereka segera pulangkan IC dan sempat bertanya, 'tu boyfriend u ke?'.

"Kami jawab tak dan selepas itu mereka terus masuk kereta tanpa sebarang penjelasan kenapa mereka menyoal siasat kami" kata mereka.

Sumber IG


Sumber IG

"Kami tidak tahu adakah situasi itu benar atau ia adalah scam. Kalau ada sesiapa yang pernah mengalami situasi seperti ini sila kongsikan.

"Bantu kami dan berikan nasihat bagaiman untuk menangani situasi tersebut. Berhati-hati semua, terutama wanita!" tulis mereka.

Menerusi ruangan komen, ada beberapa warga maya memberikan tip yang perlu dilakukan sekiranya berhadapan situasi yang sama serta hak sebagai orang awam.

Ada juga yang mencadangkan agar kumpulan itu mengupah pengawal peribadi dan mempunyai kenderaan untuk digunakan seperti mana kumpulan K-Pop. - CARI

Sumber Twitter

Sumber Twitter



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tatod 21-12-2022 11:00 PM
Sumber IG


Kumpulan Dolla yang dianggotai Syasya, Sabronzo, Angel dan Tabby mengakui keliru dengan berhadapan dengan situasi membabitkan tiga lelaki mendakwa diri mereka polis mengambil gambar kad pengenalan (IC) mereka tanpa izin.



Menerusi akaun Twitter rasmi, kejadian berlaku pada sekitar jam 11.30 malam semalam ketika kumpulan itu sedang menunggu kenderaan untuk pulang usai latihan menari.



"Tiga lelaki menaiki Proton merah memperlahanan kenderaan dan menurunkan cermin kereta. Mereka memandang kami dengan pandangan yang membuatkan kami tidak selesa.



"Awalnya, kami bimbang ia membahayakan nyawa kami kerana beranggapan mereka adalah perompak. Tetapi, sebaik mereka turun kereta dan menghampiri, mereka mengatakan mereka adalah polis tetapi tidak memakai uniform rasmi dan memandu kereta polis.



[ig]https://www.instagram.com/p/Cl-qHNdyOjw/[/ig]



Jelas mereka lagi, ketiga-tiga lelaki itu juga tidak menunjukkan lencana pengenalan mereka dan terus menyoal siasat bertanyakan sama ada mereka warganegara Malaysia dan kenapa mereka berada di kawasan tersebut.



"Mereka serta-merta meminta IC dan secara senyap-senyap mengambil gambar IC tanpa kebenaran kami. Kami rasa hak kami dicabuli sebab apabila Syasya tanya kenapa tiba-tiba nak check kami, salah seorang daripada mereka jawab, 'kenapa tak boleh, kitorang polis!' dengan kasar dan menakutkan.



"Kami keliru dan takut sebab kami tidak lakukan apa-apa kesalahan. Hanya kami berempat dan sedang berdiri di tepi jalan selepas selesai latihan menari. Pastu kami ternampak sebuah kereta berhenti berdekatan, mereka segera pulangkan IC dan sempat bertanya, 'tu boyfriend u ke?'.



"Kami jawab tak dan selepas itu mereka terus masuk kereta tanpa sebarang penjelasan kenapa mereka menyoal siasat kami" kata mereka.



Sumber IG






Sumber IG


"Kami tidak tahu adakah situasi itu benar atau ia adalah scam. Kalau ada sesiapa yang pernah mengalami situasi seperti ini sila kongsikan.



"Bantu kami dan berikan nasihat bagaiman untuk menangani situasi tersebut. Berhati-hati semua, terutama wanita!" tulis mereka.




Menerusi ruangan komen, ada beberapa warga maya memberikan tip yang perlu dilakukan sekiranya berhadapan situasi yang sama serta hak sebagai orang awam.



Ada juga yang mencadangkan agar kumpulan itu mengupah pengawal peribadi dan mempunyai kenderaan untuk digunakan seperti mana kumpulan K-Pop. - CARI




Sumber Twitter


Sumber Twitter





Quote jambatannetizen 21-12-2022 11:06 PM
Ini polis betul ke tak? Kalau local, takkan dia taktawu dolla ni artis
Quote Ferr_Remy 21-12-2022 11:11 PM
Jgn ade bodoh tetiber ckp ni social experiment dah la nnt. Aje bengap kdg2 bdk2 bodo smua nk experiment bagai
Quote PocongTerbang 21-12-2022 11:38 PM
Scammer la kot.sejak bila polis ambil gambar ic orang awam? Boleh ke buat mcm tu? Iols taktau sgt psl ni
Quote AcikBuncit 22-12-2022 12:31 AM
jambatannetizen: Ini polis betul ke tak? Kalau  ...

Bru habis dance pratice tu mgkin muka semua sememeh sgt bpeluh2 xda mekap.. Tu xknl ingtkn mak hayam cari customer.. Tp scary jgkla nk bg polis ic tiber2 yg xpkai uniform ni. Snap bagai lagi.. Dpt no ic korg.. Kang hilang hbis semua duit dlm bank..
Quote fealefea 22-12-2022 07:21 AM
Ayyo, penah kene dgn polis camni gak kat post office. Melawan tanak bg nama. Polis tu ckp camni la org awam, masa nk bantuan, cari polis, bg nama x nk bg kerjasama. Masa tu zaman 3310.
Quote lightheaded67 22-12-2022 07:24 AM
aiol pernah kena tp pukul 4 pagi gitu la, g pasar borong dgn mak, she drive. pastu tiber ade jantan dua org block kereta acah2 pulis, sorg dtg kt tgkap aiol (pnumpang depan) sorg g kt tgkap mak (driver), yg jantan nk mai kt aiol ni, aiol perhati tgn kanan he pegang pisau tp he acah2 sorok, nk jd rejeki nampak masa he jalan ke arah tgkap aiol , nasib baik tingkap tak bukak, lepas perasan he pegang pisau tu terus aiol jerit kt mak suruh jalan ja. cilakak. tp acik kereta belakang benti lama kt depa. mau berape duit kena ketuk tu
Quote lightheaded67 22-12-2022 07:31 AM
Edited by lightheaded67 at 22-12-2022 07:46 AM

tapi kenape dak dolla ni tak report pulis?? dh ade gmbo plate kereta bgai dah.
sbb kalau deyol pulis betul pon, buat pelik2 gini boleh kena soal. pon aiol pernah kena dgn pulis buruk kelaku, aiol g report kat balai (takyah cerita detail lah sbb dh setel hehe), jantan tu kena panggil dgn pegawai beso, so aiol pun kena soal siasat sgala,he kena tatatertib rasanya sbb aiol smpi tahap kena g jumpa pegawai pulis kt hq negeri. tp entah ye jer kena tindakan, jnji aiol report.
aiol panas hati sbb heol buat ayat gini " nk report pergilah saya ni polis, tak kena ape"
Quote esbok 22-12-2022 09:19 AM
jambatannetizen replied at 21-12-2022 11:06 PM
Ini polis betul ke tak? Kalau local, takkan dia taktawu dolla ni artis

tak backup polis scammer ni, tapi sis pun tak kenal depa ni kalau selisih.

sekarnag semua orang pun bergaya mcm artis
Quote electricopop 22-12-2022 10:43 AM
Scary nye... tapi dalam situasi camtu, mana nak pikir mintak tgk badge la ape lah. Kus semangat!
Quote seripahzeripah 22-12-2022 11:17 AM
jambatannetizen replied at 21-12-2022 11:06 PM
Ini polis betul ke tak? Kalau local, takkan dia taktawu dolla ni artis

I kalau jumpa in real life oun tak tau deyols ini dolla.
Quote KamikuP 22-12-2022 04:00 PM
Mungkin sbb you all pun pakai mcm ayam carik pelanggan
Quote Sazreena 22-12-2022 06:16 PM
Edited by Sazreena at 22-12-2022 06:17 PM

Baik wat police report sebab once org lain dah ada ic kita, mmcm dia leh wat. Jgn pelik pasni tetibe ko dapat surat saman sebab tak jelaskan tunggakan beribu, pinjaman yg ko tak tau turun dari langit mana, akaun utiliti yg sah-sah ko tak tau menahu bila didaftarkan. Kalau polis betul, dia ada nombor badan. Ko leh tanya dia keje kat balai mana. Skang dah byk scammer menyamar jadi anggota penguatkuasa. Bukan susah pun nak beli uniform and fake id.
Quote prizadane 22-12-2022 09:01 PM
Plot twist. Memang polis pun sebenarnya.

Bukan menyamar, memang polis jalankan tugas...

Kuala Lumpur: Polis hari ini menafikan dakwaan seorang pemilik akaun Twitter bahawa beliau dan tiga rakannya ditahan tiga individu yang didakwa menyamar sebagai polis, dalam kejadian di Puchong, Selasa lepas.
Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan dalam kenyataan di sini berkata sebaliknya ketiga-tiga individu itu adalah anggota polis sebenar dan sedang menjalankan tugasan pemantauan dan rondaan cegah jenayah.

"Ketiga-tiga anggota polis itu sedang membuat pemantauan kegiatan ops pusat hiburan dan rondaan cegah jenayah di kawasan pentadbiran Puchong Jaya.

"Mereka memperkenalkan diri sebagai polis dan menunjukkan kad kuasa sebelum meminta kad pengenalan empat wanita terbabit untuk membuat semakan rekod jenayah.

"Tindakan berkenaan diambil selepas mendapati empat wanita itu berada dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan pada 11.30 malam dan mereka kemudian dibenarkan beredar dari lokasi selepas pemeriksaan polis tidak menemui sebarang kesalahan dilakukan," katanya.

Terdahulu, pemilik akaun Twitter bernama DOLLA mendakwa beliau bersama tiga rakannya ditahan oleh tiga individu yang disyaki menyamar sebagai polis ketika sedang menunggu kenderaan untuk pulang ke rumah selepas selesai latihan menari.

A Anbalagan berkata justeru itu, pemilik akaun Twitter berkenaan diminta tampil bagi membantu siasatan bagi menentukan sama ada terdapat kesalahan semasa menjalankan tugas.
Quote syitaeyqa 23-12-2022 09:18 AM
agaknya pemakaian mencurigakan. yela knwoing dolla ni kan. tu yg polis check. lagipun, takkan la taktau mmg ada polis pakai preman
Quote shernazz 23-12-2022 05:48 PM
Takkan dolla tak tau..polis akan tunjuk kad kuning masa dia oerkenalkan diri...
Plot twist rupanya..
Sian dolla
Quote dua_chzy 23-12-2022 05:59 PM
prizadane replied at 22-12-2022 01:01 PM
Plot twist. Memang polis pun sebenarnya.

Bukan menyamar, memang polis jalankan tugas...

Sah2 polis tu ingat deols ayam kan.
Quote gucci_advocate 23-12-2022 06:55 PM
Polis boleh ambil gambar IC orang ke? Aku takkan benarkan melainkan dalam police station betul-betul
Quote jambatannetizen 23-12-2022 08:33 PM
gucci_advocate replied at 23-12-2022 06:55 PM
Polis boleh ambil gambar IC orang ke? Aku takkan benarkan melainkan dalam police station betul-betul

Maybe polis ingat dorang foreigners kot. Thats why garang2 minta terus ic

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 05:06 PM GMT+8 , Processed in 0.070444 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top