CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Abang Viva Nak Pinjam Jetski, Rela Gadai Telefon Demi Nak Bantu Mangsa Banjir

21-12-2022 10:38 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3716| Komen: 47

Keadaan banjir besar yang melumpuhkan beberapa kawasan di Terengganu sememangnya agak menggerunkan.

Abang Viva atau nama sebenarnya, Azwan Omar dikhabarkan telah pun beberapa hari berkampung di lokasi-lokasi kritikal.


Bukan seorang tetapi dia ditemani oleh isteri untuk membawa keluar mangsa ke tempat yang selamat.


Bagaimanapun, menerusi Live pemuda berusia 30 tahun itu memaklumkan yang ada kawasan tidak dapat mereka masuk disebabkan arus terlalu kuat.

Dia mengakui kenderaan termasuk bot miliknya tidak dapat memasuki sesetengah kawasan dan ada yang mencadangkan agar menggunakan jetski bagi membawa mangsa keluar ke tempat selamat.

Abang Viva meminta sesiapa yang mempunya jetski untuk memberinya pinjam buat sementara bagi memudahkan misi menyelamat dijalankan.



Dia juga dengan rela menggadaikan telefon bimbitnya kepada individu yang sudi memberinya pinjam jetski buat sementara waktu.

Di Facebook isteri kepada Azwan iaitu Evanova sempat berkongsi beberapa momen dan pengalaman sewaktu mengikut suaminya menjalani misi membantu mangsa banjir di Terengganu.


Loading FB Post...

Beberapa video menunjukkan situasi banjir di Pantai Timur telah membuatnya berasa sebak lebih-lebih lagi apabila tidak dapat membantu mangsa yang masih terperangkap di kawasan yang berarus deras. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FOTHER-MUCKER 21-12-2022 10:42 AM
Berharap ada lah orang nak bagi dia jet ski!
Quote margo20 21-12-2022 11:11 AM
Jetski? Bia betikk
Quote bakingsoda 21-12-2022 11:32 AM
jetski tu bukan cam moto je ke takat dua orang boleh la naik
Quote ezacbee 21-12-2022 11:36 AM
Kalau naik banana boat ok lagi
Quote dua_chzy 21-12-2022 11:37 AM
Lain pula muka sang bini bila tak bermekap tebal.
Quote lightheaded67 21-12-2022 11:50 AM
tapi kan. deyol kerja2 gini mmg lah menolong kan, tp ade sop ker.aiol tanya sbb taktau. kang feeling2 jetski tbalik anak beranak org ke deyol yg tbalik ke lagi naya dh la banjir besar deras lagi.. cepat betul heol tukar arus, bru je brp hari heol luah perasaan, heol sukarelawan yg tak bergaji/elaun ke
Quote prince_marhaen 21-12-2022 12:05 PM
entah lah....kalau dah tak mampu menolong, setakat itu sahaja lah.. sampai dah memandai-mandai sendiri dah ni pun bahaya jugak... buatnya asal boleh je, tak ada perancangan tempat yang selamat apa semua, equipment tak cukup, belanja tak cukup sampai bergolok bergadai...esok-esok dah tak ada apa-apa takut mengungkit pulak.. sampai dah jadi content pulak dah..
Quote maharani_gebu 21-12-2022 12:15 PM
kawasan kampung dia tanya jet ski??

kot tanye sampan tu gagah jugaklah
Quote Belibis 21-12-2022 12:15 PM
Bot getah dia memang smart aaahh..berapa ribu agaknya??nak standby sebijik.
Quote imanamsyar 21-12-2022 01:52 PM
untung2 ada founder bg jet ski sebijik.. buleh main kat pantai time tak menyelamat..
duit derma xmasuk dah ke sampai nk gadai fon? ke auta je
Quote alieyrina 21-12-2022 02:47 PM
Kau ingat jetski tu cas usb ka dikk pakai minyak kot. Minyak pun maheii
Quote sangbara2020 21-12-2022 02:50 PM
jetski laju sikit....apa yg nk dibuat bwk jetski
Quote chandrahusin 21-12-2022 02:52 PM
Kenapa dia ni selalu dpat publisiti?
Ramai je org2 yg aku kenal buat mcm2 bantuan
Elok je senyap2 bagi bantuan sana sini
Tau pun sbb depa update tya klu ada sapa2 nak membantu
Mcm skrg diorg tak nak dh baju2 sbb leceh nak kemas
Diorg nak bantuan makanan je buat ms ni
Quote nononcrux 21-12-2022 03:17 PM
bakingsoda replied at 21-12-2022 11:32 AM
jetski tu bukan cam moto je ke takat dua orang boleh la naik

Husnuzon la, jetski tu utk pakcik macik yg dalam keadaan geting tempat yg sukar masuk guna bot..
kedua, jetski boleh tarik sampan dia tu kira 2 dalam 1 mungkin.. sapa tahu
Quote nononcrux 21-12-2022 03:19 PM
alieyrina replied at 21-12-2022 02:47 PM
Kau ingat jetski tu cas usb ka dikk pakai minyak kot. Minyak pun maheii

abis bot tak guna minyak ke? kalau naik smpan kayuh ulang alik melecet tgn mat.. kan pernah ade isu dulu tempat susah masuk gunkan bot jadikan penduduk terkandas kesejukan selama beberapa hari..
Quote nononcrux 21-12-2022 03:21 PM
yang ade jetski belum tentu ade niat nak membantu.. bagus la tu usaha kan, dah la tak mebantu kondem plak tu.. pelik la manusia jaman now ni
Quote laksmanabentan 21-12-2022 03:38 PM
nak jetski ler pulakk...

lps ni nak apa pulak tu????
Quote akies 21-12-2022 03:41 PM
Dh la abam viva. Sampai nak pinjam jet ski..
Gadai hp sbb nk tolong mangsa banjir..
Org pun tahu ko pun bukannya berkemampuan..
Takyah nak gadai apa yang ada.
Join je la team2 mana yang hantar bantuan ke sana.
adehh
Quote sharlenetexas 21-12-2022 03:44 PM
Setelah dikecam hebat. Tu je ideanya?


Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 02:54 AM GMT+8 , Processed in 0.039884 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top