Banjir teruk yang melanda beberapa negeri ketika ini banyak menenggelamkan rumah dan merosakkan harta benda. Namun, berlaku satu kejadian ajaib semasa banjir, melibatkan sebuah surau.
Seluruh tempat beribadat itu dan kawasan sekitarnya dilanda banjir serta berlumpur selepas surut, tapi ruang solat imam kelihatan kering seperti tidak terusik. Menerusi perkongsian di laman sosial, dua foto menunjukkan keadaan di dalam surau berkenaan yang mempunyai kesan lumpur berwarna coklat. Bagaimanapun, ruang solat imam yang menempatkan sehelai sejadah beserta alasnya tidak mempunyai walau secalit lumpur, malah kelihatan baharu.
Menurut seorang pengguna TikTok, kejadian berlaku di surau Padang Kubu di Kampung Padang Kubu di Kemaman, Terengganu, selepas dilanda banjir pada Ahad lalu. "Allahurabbi, hebat caturan Dia sikit pun tempat solat imam tak kena selut. Padahal kawasan ni 100 peratus masuk air dan berselut. "Team kakak ngaji bersama-sama membersihkan kawasan surau Padang Kubu selepas dilanda banjir besar," tulisnya menerusi keterangan video di akaun @yahibrahimkhan.
|
krustykrab replied at 21-12-2022 10:31 AM
Mula dahhhhh
airfilterkotor replied at 21-12-2022 01:12 PM
Permukaan rehal bahagian atas kotor petanda waktu banjir rehal berlipat flat atas lantai.
Tapi reha ...
sufi^_^ replied at 21-12-2022 01:23 PM
Laaa...patutnya tengok kejadian siang dan malam saja dah nampak kebesaran Allah.
Orang kita suka b ...
noor2 replied at 21-12-2022 01:25 PM
Aku pun perhati dinding...kata paras pinggang...dinding elok je....PENTIPU betul
ADVERTISEMENT