CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak Bertukar Manja Sebelum Maut Dalam Kemalangan, Sempat Peluk Dan Cium Pipi Ibu

21-12-2022 08:55 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1434| Komen: 9

SUNGAI PETANI – Seorang daripada tiga mangsa yang maut dalam nahas di Kilometer 63.5, Jalan Alor Setar-Butterworth di sini awal pagi semalam seolah-olah tahu dia akan pergi selama-lamanya.


Ibu mangsa, Safinah Zakaria, 48, berkata, arwah anaknya, Muhammad Izani Mohd. Tuah, 15, berkelakuan manja apabila memeluk dan mencium pipinya sebelum tidur pada malam Sabtu lalu.

Menurut Safinah, arwah anaknya tinggal bersama sepupunya kerana bekerja sambilan di sebuah kedai makan di Taman Semarak di sini, manakala dia pula menetap di Taman Keladi.


Foto: Kosmo

“Sewaktu berada di Alor Setar, saya menerima panggilan daripada sepupu arwah yang memberitahu Izani terlibat dalam kemalangan.


“Saya menghubungi telefon bimbit anak, ada individu tidak dikenali menjawab panggilan dan minta saya datang ke lokasi melihat keadaan anak yang parah di kepala dan sudah meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik, Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini semalam.

Safinah yang juga ibu tunggal tidak menyangka kelakuan manja arwah memeluk dan menciumnya sebelum tidur menjadi kenangan terakhir buatnya bersama anak bongsu daripada empat beradik tersebut.

“Saya reda dengan ujian ini dan berdoa agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman,” ujarnya.

Sementara itu, Ahmad Rosdi Abd Rahman, 50, pula memberitahu, arwah anaknya, Muhammad Aiman, 17, bersikap pendiam dan lebih banyak menyendiri sebelum dijemput ajal dalam kemalangan tersebut.

“Sebelum itu, Aiman keluar rumah memandu kereta jenis Honda EG milik abangnya. Apabila abangnya telefon, dia beritahu keluar makan bersama kawan-kawan,” ujarnya.

Anak kelima daripada tujuh beradik itu manja dengan arwah ibunya yang meninggal dunia akibat Covid-19 pada tahun lalu.

Dalam kejadian pada pukul 2.30 pagi itu, tiga remaja lelaki maut, manakala dua lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas.

Selain Muhammad Aiman dan Muhammad Izani, kemalangan itu turut meragut nyawa penumpang belakang, Mohd. Iman Mohd. Akhir, 17. Mereka meninggal dunia di tempat kejadian.

Dua lagi rakan mereka iaitu Muhammad Zulhakim Zulkhairi, 17, cedera parah dan dirawat di HSAH manakala Alif Danial Abdul Aziz, 15, pula cedera ringan. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kelip2_07 21-12-2022 10:06 AM
kesiannyeee..muda2 lg..ade lesen ke bwk keta
Quote noor2 21-12-2022 10:08 AM
Innalillah...sedihnya
Quote rosedemon 22-12-2022 07:13 AM
sedi tp dan2 la cte cmni
Quote sangbara2020 22-12-2022 07:51 AM
innalillah..sedihnya..muda lagi
Quote shy79 22-12-2022 08:18 AM
ada lesen ke tidak tuh..keluar pagi2 buta pulak tu
Quote Dovahkiin 22-12-2022 09:01 AM
1. Pukul 2.30 pagi
2. Budak2 muda
3. Honda bullet

Recipe for disaster?
Quote tobobon 22-12-2022 09:07 AM
mcm biasa ...setiap kali sebelum ajal...perangai berubah...
Quote ifanonline 22-12-2022 09:09 AM
kpd ibu bapa, jgn dok bagi kereta dan motorsikal kpd anak2, force them to use public transport

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 03:06 AM GMT+8 , Processed in 0.030461 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top