CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Orang Datang Tengok-Tengok Je, Langsung Tak Beli- Peniaga Ole-Ole Di Melaka Resah Barang Tak Laku

21-12-2022 08:31 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5768| Komen: 84

MELAKA – Pelancong domestik kini seolah-olah hilang kuasa membeli apabila kebanyakan didakwa hanya melihat-lihat barangan kraf atau produk tempatan yang dijual di lokasi pelancongan.


Tinjauan Kosmo! di pusat kraf Ole-Ole Melaka di Banda Hilir di sini yang menawarkan lebih 200 produk tempatan dipenuhi pelancong pada hujung minggu.

Bagaimanapun, tinjauan di premis-premis di pusat niaga itu mendapati, hanya beberapa kedai yang mempunyai pelanggan, selebihnya hanyalah aktiviti ‘mencuci mata’ melihat produk-produk tradisional untuk dijadikan buah tangan.


Foto: Kosmo

Seorang pengurus kedai, Nur Alia Omar, 25, berkata, pendapatan premisnya merosot lebih 60 peratus apabila hanya sekitar 10 pelanggan yang singgah dan membeli, manakala hujung ­minggu cuma ada 20 pelanggan.


“Kedai saya dibuka dari pukul 10 pagi hingga 10 malam, hujung minggu pula sehingga 12 tengah malam.

“Jumlah pelanggan yang membeli sangat kurang, mereka kata barangan ini mahal walaupun kita tawarkan set ole-ole tiga RM10 atau lima RM20,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Katanya, kuasa membeli pe­langgan tidak lagi sehebat sebelum negara dilanda pandemik Covid-19 dan kebanyakan pelancong hanya mampu mengeluarkan belanja asas perjalanan.

“Saya pun tidak tahu berapa lama lagi premis ini mampu bertahan kerana kos sewa kedai sahaja RM20,000 sebulan, belum masuk bil elektrik dan gaji pekerja,” luahnya.

Sementara itu, pekerja di sebuah premis lain, Muhammad Faizzudin Ishak, 29, memberi­tahu, situasi itu menyebabkan peniaga resah memikirkan stok produk makanan yang mempu­nyai tarikh luput.

“Kedai saya terletak di te­ngah, jadi saya boleh nampak pelanggan yang masuk dan keluar, memang kebanyakan mereka pulang dengan tangan kosong.

“Apa yang kita risau adalah produk makanan yang boleh rosak ini seperti lemau dan tengik, kadangkala kita terpaksa berhenti ambil bekalan daripada pengusaha kerana mahu habiskan stok di kedai,” katanya.

Ujarnya, suasana itu tidak berubah meskipun pada cuti umum sempena Pilihan Raya Umum Ke-15, 18 November lalu.

“Kami fikir bila ramai orang balik mengundi pelanggan bertambah, tetapi sangkaan itu me­leset. Suasana masih sama, tak ramai yang membeli,” ujarnya.

Khairulazmi Azlan, 32, yang menjual ole-ole pakaian pula memberitahu, dia hanya mengharapkan pelancong yang datang dengan rombongan dari mana-mana agensi yang berpotensi untuk membeli baju. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akies 21-12-2022 08:34 AM
Harga mahal kut
Quote selipar_hijau 21-12-2022 08:37 AM
dah mahalllll sape nak beli
Quote supernaturalee 21-12-2022 08:40 AM
"produk makanan yang boleh rosak ini seperti lemau dan tengik"


naya lah klu ada yg terbeli
apo nk buek
dh x elok kena la jgk buang

Quote Firenzza 21-12-2022 08:40 AM
Bertabah la.....nti klau tetiberr new gomen umum pelarasan rega petrol baru mau ttup kedai
Quote bottombikini 21-12-2022 08:42 AM
Edited by bottombikini at 21-12-2022 08:50 AM

mula la tu nak meratap hiba

tapi betul lah sabtu tadi pegi dataran pahlawan
agak lengang padahal sabtu & cuti skola lak tu



Quote elzy 21-12-2022 08:44 AM
Ada rezeki tak ke mana.. jangan putus asa.
Quote lee_sakura 21-12-2022 08:45 AM
1. bukan keperluan
2. harga mahal
3. blh beli kt shopee
Quote c===8 21-12-2022 08:46 AM
duit byk abis buat mkn,lagi2 makan kedai sifud
jadi bajet ole2 tu mmg takde la
Quote swimswim 21-12-2022 08:47 AM
Aku beli ole oleh mknn dkt tourist area selalu dpt yg masuk angin..jual mahal nak mamp
Quote helicornia 21-12-2022 08:53 AM
rasanya bukan masalah kuasa membeli
tapi byk channel nak membeli skrg
takat nak beli dodol tak perlu cari sampai melaka
Quote prince_marhaen 21-12-2022 08:58 AM
“Kami fikir bila ramai orang balik mengundi pelanggan bertambah, tetapi sangkaan itu me­leset. Suasana masih sama, tak ramai yang membeli,” ujarnya.

Sah sah lah yang balik mengundi tu orang Melake acik oiii....ape gile nak beli souvenir bagai...duk umah lagi bagus.. hahaha
Quote isseliparjepun 21-12-2022 09:07 AM
Mahal betul sewa kedainya RM20k sebulan. Patut la barang dijual tu mahal. I kalau ke Melaka pun akan beli dekat kedai kedai tepi jalan, keluar sikit tol PD tu. Walaupun bukanlah kat Melaka tapi sebab barang yang dijual tu, sama je. Kalau beli gula melaka gerai gerai tepi jalan, peniaga bagi rasa gula melaka ori yang lembut tu dengan yang campur gula pasir, just kena pandai cari kedailah. Berbeza dari segi harga dan kualiti.
Quote sangbara2020 21-12-2022 09:17 AM
entahlah...kdg mahal n ada tempat lg murah sbb tu xnak beli
Quote lurve82 21-12-2022 09:19 AM
Iols gi melaka selalu beli dodol cair. Sodap boto. Selain asam pedas. Dodol dlm peket2 kecik tu laki iols suka beli klu jln2 melaka
Quote asudau 21-12-2022 09:20 AM
sekarang ni orang berjimat, beli benda yang perlu je..setakat ole-ole/cenderamata, bukan keperluan yang mendesak gitu..

Quote ayukpingu 21-12-2022 09:21 AM
dulu gigih bena beli ole2 utk jiran, kawan ofis, kawan2 rapat kalau pergi melancong. tapi sekarang ni mcm dah bukan satu benda wajib nak buat dah...sekadar cuci mata, cuba makanan baru kat tempat org.
mcm tu la kot pelancong2 sekarang ni buat, beli souvenir dah tak relevant
Quote noorhairiahma 21-12-2022 09:22 AM
kalau dekat kedai tak laku, jual guna platform lain pulak lah. jual dekat online or dekat shopee terus pun boleh, kan?
Quote namr 21-12-2022 09:25 AM
tgk barang harga yahudi tu yg tak beli..
Quote black_handbag 21-12-2022 09:27 AM
mahalnya sewa kedai kecik begitu. tp betul kerepek yg jual kat situ pon kena pandai2 tengok dan pilih. takut terkena yg tengik dan lama.

Lihat semua komen(84)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 03:10 AM GMT+8 , Processed in 0.139552 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top