CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

RM100 Ribu Duit Suri Rumah Lesap Diperdaya Parcel Scam

21-12-2022 08:20 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1063| Komen: 6

Kuantan: Seorang suri rumah kerugian RM98,999 akibat terpedaya dengan penipuan kiriman bungkusan tidak wujud atau Parcel Scam.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, berdasarkan laporan, pada September lalu, mangsa berusia 40-an berkenalan dengan suspek melalui di media sosial.


Katanya, selepas berkenalan beberapa hari, suspek memaklumkan menghantar hadiah sebagai tanda persahabatan kepada mangsa.


Gambar Hiasan

"Mangsa menerima pesanan ringkas daripada syarikat penghantaran barang yang memaklumkan bungkusan yang dikirimkan kepada mangsa disekat kerana mengandungi barangan berharga dan wang tunai.

"Berikutan itu, mangsa diminta membuat bayaran untuk melepaskan bungkusan terbabit. Mangsa kemudiannya membuat bayaran sebanyak RM98,999 dengan 14 kali transaksi membabitkan empat akaun bank yang berbeza atas alasan bayaran itu untuk pelepasan cukai, bayaran cukai SST, bayaran pengisytiharan harta, bayaran sijil anti keganasan dan bayaran pemindahan eksklusif.


"Mangsa membuat bayaran itu menggunakan wang simpanan hasil perniagaan milik suami mangsa," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ramli menasihati orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan kenalan melalui media sosial dan jangan sesekali membenarkan akaun bank digunakan oleh orang lain atau menyerahkan kad mesin juruwang automatik (ATM) kepada pihak lain untuk digunakan bagi apa saja urusan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ReginaGeorge 21-12-2022 11:54 AM
Dah brp banyak kes dah, masih juga ada yg tak amik pengajaran. Nak sangat hadiah sampai 100k kau hilang. Baik ko beli je hadiah guna duit sendiri.
Quote ocho 21-12-2022 11:58 AM
guna duit dari akaun suami ?  ..
Quote green~tea 21-12-2022 12:00 PM
Guna duit perniagaan suami?????

Enterprise kewwwwww
Quote Belibis 21-12-2022 12:06 PM
Ini love scam...malu ler tu nak ngaku ..baru berkenalan dah bagi hadiah??
Quote rosedemon 22-12-2022 07:10 AM
hahahaha apooo lesap gitu je 100 ribu. adan ukeee

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 03:38 AM GMT+8 , Processed in 0.035618 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top