CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bakal Berpisah Dengan Syamsul? Puteri Sarah Tak Tahu, "Allah Yang Tentukan, Saya Dah Lama Reda"

21-12-2022 08:12 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2677| Komen: 9

Puteri Sarah Liyana memilih untuk mengunci mulut mengenai status rumah tangganya dengan pengarah popular, Syamsul Yusof yang masih menjadi tanda tanya sehingga kini.

Puteri Sarah berkata, dia masih tidak boleh menjangka apa yang bakal berlaku, namun berharap ada perkara terbaik untuk dia dan anak-anak.

Foto: IG

"Nak kata berlaku perubahan besar tunggulah nanti, tapi saya tetap mengharapkan sesuatu yang positif bakal berlaku. Doakan benda yang terbaik untuk saya dan anak-anak.

"Orang boleh bercakap apa saja suruh buat itu dan ini. Insya-Allah apa yang saya nak itu anda akan tahu nanti," katanya.



Menurut Puteri Sarah, dia enggan menjawab pertanyaan adakah dirinya bakal berpisah dengan Syamsul.

"Saya tak tahu, Allah yang tentukan. Saya dah lama reda sebaik saya buat pendedahan dan apa yang terjadi. Saya tak ada rasa nak toleh belakang atau rasa menyesal.

"Jadi azam tahun depan semoga saya mendapat sinar kebahagiaan walau apa keputusan yang saya pilih selepas ini. Saya berharap doa orang ramai.



"Saya tak sangka apabila saya dedahkan perkara ini ramai rupanya yang menyokong, tidak kurang juga yang marah dengan pendedahan ini.

"Kepada ada yang mengalami sama seperti saya jangan takut untuk bertindak. Jangan menzalimi diri anda dan silalah keluar daripada perhubungan toksik," katanya.

Terdahulu, kisah kemelut rumah tangga pasangan itu didakwa berantakan kerana kehadiran orang ketiga dan atas sebab itu, mereka turut dikatakan sudah tidak tinggal sebumbung lagi.



Puteri Sarah juga baru-baru ini nekad memfailkan satu tindakan saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, berserta dua aduan di pejabat agama terhadap seorang wanita dikenali Ira Kazar.

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manehnya 21-12-2022 08:37 AM
buang masa yg muda kot jalan la depa ni.... kalau iya katakan iya.. kalu tidak boleh belah
Quote makcun14 21-12-2022 09:05 AM
Sejenis attention seeker sebab laki dah busy focus kat skandal.
Quote laksmanabentan 21-12-2022 09:11 AM
laki rilex jer tak berkutik...
hihiihihi..

scandal juga yang rilex gentel... santai..
hahahahhaa...
Quote MsIda 21-12-2022 10:11 AM
Cerai je lah & moved on...letih dgr kau merempan x habis2.
Quote Thunderclouds 21-12-2022 11:26 AM
Brapa byk tered nk kna buka pasal sol & ps ni? Basi bkulat dh aihhhhh..kang dh cerai mnyambung² pasal dugaan single mum, dugaan nk carik dedi baru utk anak² yada yada sajm
Quote marchikobonzo 21-12-2022 11:55 AM
Sol pun jenis tak gentleman..kalau dah xnak, lepas kan je la PS..apooo
Quote Madel 21-12-2022 11:58 AM
Kalau Sol berpaling pada skandal dia pun aku tak heran dah
Dpt bini asik meroyan,main tarik tali, dok canang dia la terpaling bini teraniaya..aku pun bosan.
Quote rosedemon 22-12-2022 07:25 AM
bosan la tgk ko sarah. lemau, ira hot n spicy kot.
Quote Oroi8887 22-12-2022 08:04 AM
Blah je sarah.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 03:00 PM GMT+8 , Processed in 0.034756 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top