CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Air Banjir Dah Paras Dada, 7 Beranak Di Terengganu Degil Tak Nak Pindah Ke PPS

21-12-2022 07:50 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3741| Komen: 46

Kemaman: Dipujuk lebih sejam, tujuh beranak tetap enggan berpindah walaupun sekeliling kediaman mereka sudah ditenggelami air hampir dua meter, di Kampung Pasir Gajah, di sini.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Chukai Mohd Zailani Abdullah berkata, pihaknya menerima maklumat awam sebelum ke kawasan berkenaan yang terletak sejauh kira-kira dua kilometer dari jalan utama pada 6 petang.


Foto: Harian Metro

"Berikutan lokasi rumah itu berada dalam ladang kelapa sawit, kami terpaksa melalui celah-celah pokok sawit yang ditenggelami air sedalam paras dada sebelum tiba di lokasi.

"Sebaik tiba, kita mendapati ada seramai tujuh mangsa daripada satu keluarga termasuk dua warga emas berusia lingkungan 70-an dan kanak-kanak berusia sekitar dua tahun berada di rumah berkenaan.


"Kami mengambil masa lama memujuk keluarga terbabit tetapi mereka tetap enggan berpindah," katanya di sini, hari ini.

Zailani berkata, alasan keluarga terbabit enggan berpindah kerana kedudukan rumah mereka berada di kawasan tinggi dan tidak dinaiki air.

Bagaimanapun katanya, walaupun kedudukan rumah mereka di kawasan tinggi tetapi keluarga terbabit perlu berpindah kerana semua jalan untuk keluar daripada kawasan berkenaan dinaiki air.

"Saya kesal apabila masih ada penduduk yang enggan mematuhi arahan untuk berpindah. Keselamatan mangsa adalah tanggungjawab kami dan sekiranya berlaku sesuatu masyarakat akan menuduh pihak berkuasa tidak peka dengan keselamatan mangsa banjir," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote renko 21-12-2022 08:38 AM
Tinggalkan je bahlol2 cmni
Quote lee_sakura 21-12-2022 08:46 AM
ramai je xnak tggalkan rumah...family bos aku pon xmo pegi pps, sanggup tggal kt tgkat atas rumah
Quote maharani_gebu 21-12-2022 09:03 AM
esok lusa kalau musibah melanda (cth : meninggal) jangan meroyan mintak pampasan kat gomen plak yer
Quote bakingsoda 21-12-2022 09:08 AM
ada org cadang sediakan borang utk penduduk yg enggan berpindah sign, kalau jd pape waris tak layak buat sebarang tuntutan.
Quote akusukaq 21-12-2022 09:10 AM
Edited by akusukaq at 21-12-2022 09:13 AM

Kesian nya.....rakyat dah nak hilang nyawa, MB  Teganu maseh berjimba honeymoon di Auckland dgn bini muda...sgt sgt memalukan. Contoh paling hodoh ditunjukkan...
Cacai penjilat tak nak percaya ke....tak mungkin fitnah , bukti tiket flight dan sewa kerete nak berjimpa di negara kiwi dah ada....
MB mcm ni pun ada....malang nya nasib pengundi kat teganu..bertabah lah.
Quote noorhairiahma 21-12-2022 09:19 AM
akusukaq replied at 21-12-2022 09:10 AM
Kesian nya.....rakyat dah nak hilang nyawa, MB  Teganu maseh berjimba honeymoon di Auckland dgn bini ...

ada pembackup kata, banjir terjadi bila dia dah 3 4 hari pergi bercuti dan pulang dalam 2 3 hari lepas. dah pulang ke malaysia pun but still tak nampak batang hidung. ke dia sambung bercuti tempat lain pulak?
Quote bynroslan 21-12-2022 09:28 AM
kalau degil nak tinggal gak kat rumah tu tapi ada kelengkapan/bekalan makanan yg cukup takpe gak. ni nanti dah la tak nak ikut pergi pindah, bising pulak tanya mana bekalan tak sampai2. dah satu hal orang kena kulu kilir hantar kat korang. harta benda tu memang sayang, tapi takkan la lebih sayangkan harta benda dari anak beranak sendiri
Quote capwayang 21-12-2022 09:31 AM
..takdak dokumen, kot!
Quote kam3n 21-12-2022 09:37 AM
bakingsoda replied at 21-12-2022 09:08 AM
ada org cadang sediakan borang utk penduduk yg enggan berpindah sign, kalau jd pape waris tak layak  ...

Idea yang baik tapi bab perlaksanaan tu...
Alangkan borang bantuan banjir pun boleh hilang  / tak sampai ke atas
Quote Cassieopeia 21-12-2022 09:42 AM
diorg fikir banjir ni 2-3 hari dah surut kot bolehla ke kedai beli brg mkn.. tp kalau lama xpun org tua tu tetiba sakit je dah satu hal bomba nk dtg amik lg
Quote bakingsoda 21-12-2022 09:51 AM
kam3n replied at 21-12-2022 09:37 AM
Idea yang baik tapi bab perlaksanaan tu...
Alangkan borang bantuan banjir pun boleh hilang  / t ...

guna mysejahtera je la, scan qr utk sahkan telah berpindah ke pps/ tolak utk berpindah
Quote namr 21-12-2022 10:04 AM
eh, mengada nak kena pujuk2 pulak..kalo dah bgtau nak degil takmo biar je la..nnt kalo mampus salah dia sendiri lahhh
Quote SedihPedih 21-12-2022 10:11 AM
xyahla nk pujuk2. Masa utk pujuk2 tu ntah boleh rescue ramai lagi. Minta sign documen enggan utk dipindahkan, then chow. Kalau jd apa2 diorang tanggung la. Kosser
Quote zuraidah1 21-12-2022 10:46 AM
Aku dengor siren banjir tu dah siap2 pindah pps..takot air Makin Naik xsmpt kuar umah ..
Quote green~tea 21-12-2022 10:48 AM
Uih kemaman.. chendor... cherating.. kuantan.. beserah.. balok pun banjiirrrr selok haaaa

Innalillahi wainna ilaihi rojiun
Quote Supersirap 21-12-2022 11:21 AM
Sila utamakan keselamatan orang yang tersayang
Quote kam3n 21-12-2022 11:26 AM
bakingsoda replied at 21-12-2022 09:51 AM
guna mysejahtera je la, scan qr utk sahkan telah berpindah ke pps/ tolak utk berpindah

Kampung2 ramai tak guna mysejahtera. Masa banjir lagilah tak ada elektrik, line telefon/internet tenggelam timbul. Macam saya kata, agak susah nak dilaksanakan. Sebab tu borang bantuan banjir pun masih guna kertas
Quote bakingsoda 21-12-2022 11:36 AM
kam3n replied at 21-12-2022 11:26 AM
Kampung2 ramai tak guna mysejahtera. Masa banjir lagilah tak ada elektrik, line telefon/internet t ...

kalau camtu cop atas dahi guna dakwat kekal je lah. kalau ditemui terapung ke sangkut kat mana2, tahu lah haa yg ni degil nak pindah hari tu
Quote akies 21-12-2022 12:09 PM
Tinggal kn aje..dengan syarat risiko mereka tanggung sendiri..
Org dtg nak selamatkan..degil

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 02:47 AM GMT+8 , Processed in 0.661299 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top