CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cinta Mati, Wanita Sanggup Curi Gelang Emas Untuk Bayar Hutang Boyfriend

21-12-2022 07:47 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1309| Komen: 17

Port Dickson: Tindakan seorang wanita mencuri seutas gelang tangan emas dipercayai bagi melangsaikan hutang kereta milik teman lelakinya mengundang padah apabila ditahan di sebuah pangsapuri di Rawang, Selangor, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, wanita berusia 22 tahun itu mengaku mencuri gelang tangan terbabit dari sebuah kedai emas di Port Dickson pada 7 Disember lalu, sebelum melarikan diri dengan kereta Perodua Alza.

"Polis menerima laporan daripada wanita berusia 39 tahun yang bekerja sebagai pembantu jurujual di kedai emas itu mendakwa pada hari sama jam 11.38 pagi, dia didatangi pasangan yang ingin membeli barang kemas.

Haikal, Foto: PDRM, Harian Metro

"Suspek melarikan gelang tangan emas dianggarkan menilai lebih kurang RM15,000 dengan menaiki kenderaan Perodua Alza, bagaimanapun bertindak atas siasatan, polis berjaya menahan wanita terbabit di sebuah pangsapuri di Rawang, Selangor pada 16 Disember (Jumaat lalu)," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Aidi Sham berkata, hasil tangkapan itu, polis berjaya merampas kembali gelang tangan emas yang sudah dipajak di sebuah kedai di Seremban.

Beliau berkata, wanita terbabit yang disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan sudah pun dihukum penjara sehari dan didenda RM7,000.

Katanya, polis kini masih mengesan teman lelaki suspek, Muhammad Haikal Izhar, 20, beralamat di Bandar Sri Sendayan yang turut terbabit dalam kes kecurian itu dan mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Mohd Hazizi Abas di talian 019-3471916 / 06-6472344. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote 3chanceno 21-12-2022 07:52 AM
Bang*ng bte bod*h  sama-sama mereput kat dalam tapi ko yg kena lebih masa
Quote venom1 21-12-2022 07:56 AM
demi cintaku padamu..ku korbankan harta ataupun nyawa, ke hujung dunia ke bintang kejora...
Quote sangbara2020 21-12-2022 08:46 AM
kira power jugak lah melarikan gelang tanpa berpikio byk kali
demi pakwe yg xtentu lg jd laki ko...laki pun boleh bercerai..usahlah wahai pompuan2 jd bodoh sbb jantan...
Quote Kitty_catz 21-12-2022 08:48 AM
sanggap nya ko dhekkk.. tak baloi... kut dah title laki pun hakak rasa tak baloiii dhekkk

bodohhhh nya kau dhekkkk
Quote EJALTI 21-12-2022 09:03 AM
Curi gelang emas untuk langsai hutang teman lelaki

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... hutang-teman-lelaki

Mohd Khidir Zakaria
[email protected]

Disiarkan pada: Disember 20, 2022 @ 10:22pm

POLIS memburu Muhammad Haikal selepas didapati turut terbabit dalam kes kecurian. FOTO Ihsan Polis

Port Dickson: Tindakan seorang wanita mencuri seutas gelang tangan emas dipercayai bagi melangsaikan hutang kereta milik teman lelakinya mengundang padah apabila ditahan di sebuah pangsapuri di Rawang, Selangor, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, wanita berusia 22 tahun itu mengaku mencuri gelang tangan terbabit dari sebuah kedai emas di Port Dickson pada 7 Disember lalu, sebelum melarikan diri dengan kereta Perodua Alza.

"Polis menerima laporan daripada wanita berusia 39 tahun yang bekerja sebagai pembantu jurujual di kedai emas itu mendakwa pada hari sama jam 11.38 pagi, dia didatangi pasangan yang ingin membeli barang kemas.

"Suspek melarikan gelang tangan emas dianggarkan menilai lebih kurang RM15,000 dengan menaiki kenderaan Perodua Alza, bagaimanapun bertindak atas siasatan, polis berjaya menahan wanita terbabit di sebuah pangsapuri di Rawang, Selangor pada 16 Disember (Jumaat lalu)," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Aidi Sham berkata, hasil tangkapan itu, polis berjaya merampas kembali gelang tangan emas yang sudah dipajak di sebuah kedai di Seremban.

Beliau berkata, wanita terbabit yang disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan sudah pun dihukum penjara sehari dan didenda RM7,000.

Katanya, polis kini masih mengesan teman lelaki suspek, Muhammad Haikal Izhar, 20, beralamat di Bandar Sri Sendayan yang turut terbabit dalam kes kecurian itu dan mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Mohd Hazizi Abas di talian 019-3471916 / 06-6472344.

Quote namr 21-12-2022 09:26 AM
sewelnya ko nih
Quote Raline 21-12-2022 10:10 AM

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... hutang-teman-lelaki

Quote prettyuglybabe 21-12-2022 11:02 AM
lain kali nak curi cari la motor piang..
dah lari campak motor masuk laut baru tukar kereta..
ni bodoh naik kereta yang sah sah orang boleh trace..
Quote aechae 21-12-2022 11:07 AM
Yg laki suruh pmpuan buat kerja ni ke pmpuan ni rela hati nk buat? Byk mna lh hutang kereta tu yg curi gelang je??
Quote Cassieopeia 21-12-2022 11:09 AM
sebab cinta je ke dalam jail.. 1st time mencuri la ni amatur sgt
Quote Supersirap 21-12-2022 11:16 AM
Kenapa kehidupan ini tidak berasaskan akal fikiran yang waras dan sihat?
Quote ReginaGeorge 21-12-2022 11:17 AM
Level ko curik jajan je dik.. Curi emas bukan level kau lagi.

Sila buat banyak latihan praktikal sebelum decide jadikan mencuri sebagai kerjaya
Quote mdhelmi 21-12-2022 02:10 PM
buatpe susah2 curi gelang
bukan ke umur2 camtu gelek dalam tiktok untuk income
Quote ellejo 21-12-2022 02:15 PM
umor 20 da berhutang beribu2 ke???
Quote Jitu 21-12-2022 02:25 PM
kenapa bodo sangat ni
Quote rosedemon 22-12-2022 07:08 AM
kahkah ini baru nama susah senang sama2

Lihat semua komen(17)

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 02:56 AM GMT+8 , Processed in 0.132261 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top