CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Muat Naik Gambar Mayat Sendiri, Siap Berkafan Untuk Elak Bayar Hutang

21-12-2022 07:39 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1892| Komen: 19

JAKARTA – Seorang wanita dari Medan, wilayah Sumatera Utara sanggup berpura-pura mati kerana enggan melangsaikan hutangnya kepada  seorang individu lain, lapor laman berita Merdeka kelmarin.


Wanita yang hanya dikenali sebagai L itu memuat naik hantaran menerusi akaun Facebook anaknya yang menyatakan dia sudah meninggal dunia.

Dia turut menyertakan beberapa gambar menunjukkan keadaannya yang sudah menjadi ‘jenazah’ dan dibalut dengan kain kafan.


Foto: FB

Hantaran itu turut mendakwa L meninggal dunia kerana kemalangan di sebuah jambatan serta jenazahnya akan dikebumikan di Aceh.

Menurut si pemiutang, Maya Gunawan, dia sudah beberapa kali meminta L membayar hutangnya namun, wanita berkenaan mengakui tidak mempunyai wang untuk melunaskannya.


Dia sebelum itu berjanji akan membayar hutang pada 20 November lalu, namun gagal bertindak demikian.

Selepas waktu yang dijanjikan tiba, L meminta agar tempoh pembayaran dipanjangkan lagi sehingga 6 Disember lalu.

Tidak lama selepas itu, dia memuat naik hantaran menggunakan akaun Facebook anaknya dengan mendakwa telah meninggal dunia.

Anaknya, Najwa Almira Ginting kemudian tampil mendedahkan perkara sebenar bahawa ibunya masih hidup dan bertindak demikian kerana enggan membayar hutang.

Dia turut meminta pihak berkaitan agar memaafkan perbuatan ibunya itu. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 21-12-2022 07:46 AM
Dah agak dari mana
Quote kakikuDibibirmu 21-12-2022 08:02 AM
(, Downloads: 0)
Quote EJALTI 21-12-2022 08:53 AM
Wanita muat naik gambar ‘jenazah’ sendiri kerana enggan bayar hutang

https://www.kosmo.com.my/2022/12 ... nggan-bayar-hutang/

Oleh KOSMO!
20 Disember 2022, 8:00 pm


L memuat naik gambar-gambarnya menerusi akaun Facebook anaknya. – Facebook Maya Gunawan

JAKARTA – Seorang wanita dari Medan, wilayah Sumatera Utara sanggup berpura-pura mati kerana enggan melangsaikan hutangnya kepada  seorang individu lain, lapor laman berita Merdeka kelmarin.

Wanita yang hanya dikenali sebagai L itu memuat naik hantaran menerusi akaun Facebook anaknya yang menyatakan dia sudah meninggal dunia.

Dia turut menyertakan beberapa gambar menunjukkan keadaannya yang sudah menjadi ‘jenazah’ dan dibalut dengan kain kafan.

Hantaran itu turut mendakwa L meninggal dunia kerana kemalangan di sebuah jambatan serta jenazahnya akan dikebumikan di Aceh.

Menurut si pemiutang, Maya Gunawan, dia sudah beberapa kali meminta L membayar hutangnya namun, wanita berkenaan mengakui tidak mempunyai wang untuk melunaskannya.

Dia sebelum itu berjanji akan membayar hutang pada 20 November lalu, namun gagal bertindak demikian.

Selepas waktu yang dijanjikan tiba, L meminta agar tempoh pembayaran dipanjangkan lagi sehingga 6 Disember lalu.

Tidak lama selepas itu, dia memuat naik hantaran menggunakan akaun Facebook anaknya dengan mendakwa telah meninggal dunia.

Anaknya, Najwa Almira Ginting kemudian tampil mendedahkan perkara sebenar bahawa ibunya masih hidup dan bertindak demikian kerana enggan membayar hutang.

Dia turut meminta pihak berkaitan agar memaafkan perbuatan ibunya itu. – Agensi

Quote nononcrux 21-12-2022 09:40 AM
aneh-aneh ini orangnya.. ngak ada sivik ya
Quote shernazz 21-12-2022 09:41 AM
Haha
Bodo
Quote makita 21-12-2022 09:45 AM
Si Wati boleh lah amek idea ni n hantar gambar kat Hana
Quote Moriess 21-12-2022 09:51 AM
Teringat cerita P.Ramlee … pura2 mati taknak bayar utang
Quote bakingsoda 21-12-2022 09:53 AM
mbak caprut ni tertinggal step last, adegan majalah mastika sbg simbolik roh tergantung akibat tak bayar hutang!
Quote prettyuglybabe 21-12-2022 10:56 AM
cc queen hanis in el eh
Quote Belibis 21-12-2022 12:42 PM
Berita leluhur friska tidak mengecewakan..ada aroma lawak dan seram.
Quote jazaa100 21-12-2022 12:44 PM
nononcrux replied at 21-12-2022 09:40 AM
aneh-aneh ini orangnya.. ngak ada sivik ya

Tgok le pangai friska trisna....

Pelik kannn.....
Quote green~tea 21-12-2022 12:45 PM
Amboi nama pelaku.. najwa almira ginting . Maya gunawan... curlastttt nama kau jah.. so modern..


Regards,

Suminah minah waka waka
Quote hotmak 21-12-2022 12:46 PM
bodoh lah tergelak tgk ni sapa2 rasa ada hutang tak mampu byr boleh lah try, tapi jgn lupa ye hutang wajib byr, dah mati waris wajib lunaskan
Quote cik_sssara 21-12-2022 02:12 PM
Minah ke do yang mati dulu?
Quote nononcrux 21-12-2022 02:41 PM
jazaa100 replied at 21-12-2022 12:44 PM
Tgok le pangai friska trisna....

Pelik kannn.....

mana dia dlm ni.. idup lagi ka?
Quote jazaa100 21-12-2022 03:43 PM
nononcrux replied at 21-12-2022 02:41 PM
mana dia dlm ni.. idup lagi ka?

Klu ada berita tak elok kat msia, ada je dia

Bila berita indon, senyap tak berkutik
Quote rosedemon 22-12-2022 07:07 AM
nyaprut betol merepeknya
Quote makton 22-12-2022 08:09 AM
inspirasi dr filem pramlee ke ni?

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 03:26 AM GMT+8 , Processed in 0.182438 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top