Seorang lelaki warga emas mencetuskan amaran bom, gara-gara doktor menemui peluru meriam Perang Dunia Pertama berada di dalam duburnya. Kejadian berlaku di pusat Kemalangan dan Kecemasan (A&E) di Toulon, Perancis.
Bercakap kepada laman berita Perancis VAR-Matin, seorang kakitangan hospital memberitahu objek letupan itu adalah yang pertama seumpamanya. "Sebuah epal, mangga atau pun setin buih pencukur. "Kita sudah biasa menemui objek luar biasa yang dimasukkan ke tempat yang tidak sepatutnya. Tetapi cangkerang? Tak pernah!" Sebaik sahaja pengurus di hospital Sainte-Musse menyedari perkara itu, mereka segera melakukan pemindahan sebahagian daripada jabatan berdekatan, terutama wad kanak-kanak.
Pengurusan hospital mengesahkan terdapat kecemasan pada Sabtu malam lalu yang memerlukan campur tangan petugas pemusnah bom, pemindahan kecemasan dewasa dan kanak-kanak serta pengalihan kecemasan yang akan datang. Menurut sumber hospital, wad ginekologi dan bersalin beroperasi hampir seperti biasa semasa 'ancaman bom' tersebut, tetapi seluruh hospital ditutup sepanjang tempoh kecemasan. Pakar pemusnah bom, bergegas ke lokasi kejadian, menentukan bahawa terdapat sedikit kemungkinan letupan. "Mereka meyakinkan kami dengan memberitahu bahawa ia adalah barang yang dikumpul dari Perang Dunia Pertama, yang digunakan oleh tentera Perancis," katanya. Memandangkan objek itu tidak dapat diambil dengan cara biasa, pakar bedah terpaksa memotong perut lelaki itu untuk mengeluarkannya. Kenyataan dari hospital mengesahkan bahawa pesakit berusia 88 tahun itu dalam 'kesihatan yang baik' selepas objek tersebut, iaitu peluru kira-kira 5 atau 6 sentimeter (sm) diameter dan 20sm panjang, akhirnya dikeluarkan. Kakitangan A&E kerap menemui pesakit kebanyakannya lelaki, yang mempunyai objek yang tidak dapat dijelaskan di dalam dubur mereka. -CARI Sumber: mStar/ Daily Star
|
Kakitangan A&E kerap menemui pesakit kebanyakannya lelaki, yang mempunyai objek yang tidak dapat dijelaskan di dalam dubur mereka.
zarulnazmi replied at 21-12-2022 08:04 AM
Tak perlu nak dijelaskan. Sudah terang lagi tersuluh.
green~tea replied at 21-12-2022 08:14 AM
Rogayah le tu.. haha
zarulnazmi replied at 21-12-2022 08:04 AM
Tak perlu nak dijelaskan. Sudah terang lagi tersuluh.
Suchi replied at 21-12-2022 12:07 PM
Sian..Mesti dia tgh lari2 pastu terjatuh lalu tertusuk
JunkMail replied at 21-12-2022 12:14 PM
Berlari tu taklah kot sebab dah tua renta..maybe dia tengah jalan hoyong hayang bertong ...
ADVERTISEMENT