CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ditemani Bunyi LRT, Kapal Terbang, Motor Berlumba- Lan Solo Bawa Anak-Anak Camping Belakang Rumah

20-12-2022 07:29 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2012| Komen: 11

Lan Solo berkongsi sebuah hantaran di Instagran miliknya yang telah menunaikan hasrat dan permintaan anak-anaknya untuk berkhemah.

Dek keadaan cuaca yang membimbangkan dan tidak menentu, Lan mengambil inisiatif untuk berkhemah di halaman rumahnya yang sangat lapang.


Foto: IG

Berdasarkan sebuah video yang dimuat naik itu, Lan menunjukkan momen-momen manis anaknya berkhemah meskipun ditemani dengan bunyi tren LRT.


“Haritu anak-anak request ajak camping dekat mana-mana tempat yang best cuti sekolah ni.. tapi dengan keadaan cuaca yang kurang baik dan boleh mengundang bahaya, kitaorang terpaksa batalkan.

“Jadi malam ni camping kat belakang rumah jelah.” tulisnya di ruang kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen teruja melihat perkarangan kediaman Lan yang amat luas dan besar serta mampu untuk memberikan ruang kepada anak-anak untuk bermain.



Meninjau ke Instagram isteri Lan Solo iaitu Sheila Razlan, dia turut berkongsi keadaan sebenar mereka ketika berkhemah di belakang kediamannya yang ditemani dengan bunyi tren LRT, kapal terbang serta motor berlumba.



Sebelum ini, puteri sulung Lan Solo menerima kritikan netizen dek kerana membuat tarian Wednesday yang dikatakan mempunyai unsur pemujaan.-CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sandycheeks 20-12-2022 08:21 PM
lagi selamat camping belakang rumah lepas kejadian tanah runtuh tu
Quote faraway1 20-12-2022 08:37 PM
Rindu camping
Quote Kurex 20-12-2022 08:49 PM
Oklah tu, ada jugak masa dengan family
Quote prizadane 20-12-2022 09:02 PM
Dah kenapa apa retis post kat ig jadi gosip? Apa yang aku perlu gosipkan ni?
Quote MatDeghem 20-12-2022 09:05 PM
prizadane replied at 20-12-2022 09:02 PM
Dah kenapa apa retis post kat ig jadi gosip? Apa yang aku perlu gosipkan ni?

Bukan untuk di gossip tapi untuk di caci

Quote Dolmat 20-12-2022 09:14 PM
Habaqqqq bawak camping belakang umah.. bawak lah masuk dalam hutan borneo baru sesuaiiii anak beranak.
Quote rosedemon 21-12-2022 07:28 AM
terpaling bapak misali
Quote debab_78 21-12-2022 08:08 AM
aku tak bleh brain mcmne dia menari dgn anak2 lagu wednesday tu... dgn lirik yg mcm tu.... ke dia tak faham lirik? main ikot je buat content..
Quote bambimbom 21-12-2022 08:09 AM
siap ade tiang gol lg.. betul ke blkg umah? ntah2 ko camping kat padang area umah ko? heh..
Quote prince_marhaen 21-12-2022 09:28 AM
..dah instinct orang hutan kan.. feeling-feeling macam duk habitat asal alam semulajadi... hujung-hujung dah macam pprt gelandangan je.. yihh!
Quote Cpkay 21-12-2022 09:36 AM
setuju.. better begini.. now nak picnic ke camping ke mmg tak selamat.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 02:58 PM GMT+8 , Processed in 0.113357 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top