CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemandu Wira Langgar Lari Rider Makanan Diburu

20-12-2022 07:23 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1233| Komen: 6

JOHOR BAHRU – Seorang pemandu kereta jenis Proton Wira diburu selepas dipercayai terlibat dalam kejadian langgar lari di Jalan Sutera Tanjung, Taman Sutera Utama, Skudai, di sini.


Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Fariz Ammar Abdullah berkata, kejadian itu dikesan selepas sebuah video berdurasi 45 saat tular di Facebook.

Katanya, hasil siasatan mendapati kejadian itu berlaku pada pukul 8 malam melibatkan kemalangan langgar lari antara kereta Proton Wira dan sebuah motosikal Honda Wave.




“Suspek iaitu pemandu kereta dikatakan memasuki laluan bertentangan dan melanggar motosikal seorang penghantar makanan yang berhenti di persimpangan laluan terbabit.


“Pemandu lelaki itu kemudian melarikan diri dengan memandu secara melulu dan melawan arus,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Fariz berkata, akibat kemalangan itu, penunggang motosikal cedera pada belakang badan. Siasatan mendapati kereta dipandu suspek dilaporkan hilang di Pelangi Indah pada Ahad lalu.

Kereta Proton Wira itu kemudiannya ditemui pada pukul 10 pagi hari ini selepas ditinggalkan suspek di tepi Jalan Persiaran Scientex Utama, Senai.

“Polis sedang mengesan pemandu kereta tersebut untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,”katanya.-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 20-12-2022 10:13 PM
Perghhhhhh. Mmg kering hati betul dia main langgar je moto tu
Quote rosedemon 21-12-2022 07:18 AM
lah mana plat nombornya nak tlg cari
Quote noor2 21-12-2022 07:27 AM
Dah sah2 pemandu wira ni warga asing....
Quote Kurex 21-12-2022 07:34 AM
Indon ke???
Quote pooh~key 2-12-2024 08:39 AM
Lah sissy @boo07 pergi naikkan thread lama sissy. Pukul dia sissy.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 03:32 AM GMT+8 , Processed in 0.028730 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top