Sejak beberapa hari lalu, nama pelakon dan penyanyi Diana Danielle menjadi sebutan ramai gara-gara pendedahan berani mendakwa pernah menjadi mangsa penderaan fizikal oleh bekas teman lelakinya menerusi program Studio Sembang di YouTube.
Diana atau Diana Danielle Danny Benson, 31, berkata, dia tidak menyangka isu penderaan fizikal itu menjadi isu besar kerana bukan niatnya mencari gaduh atau mengungkit kisah lalu sebaliknya sekadar berkongsi pengalaman dan kesedaran tentang kesihatan mental. "Saya tak berniat nak ungkit cerita lama, ia sekadar perkongsian sahaja. Bukan niat saya, orang pun tahu saya jenis bukan suka cari gaduh. "Saya pernah mendedahkan perkara ini 10 tahun lalu, tapi mungkin ramai peminat muda yang tak tahu mengenainya.
"Kita juga bercakap mengenai kesihatan mental dan bagaimana cara untuk meneruskan kehidupan. Sepanjang sejam berkongsi, tak sangka pula perkara itu menjadi perhatian dan fokus orang. "Bila saya tonton semula rakaman terbabit, ramai yang mesej secara peribadi dan berterima kasih kerana ada perkara yang saya sentuh memberi semangat kepada mereka serta ruang bercerita mengenai pengalaman mereka, bukan hanya berkisar mengenai apa saya perkatakan," katanya kepada mStar.
|
hanihan16 replied at 20-12-2022 10:28 PM
tak faham statekent dia kata rasa serba salah bukak cerita tu sebab dia tak maksudkan sesiapa. abis ...
ADVERTISEMENT