CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Satu Keluarga Cemas Terperangkap! Dah Tiga Tahun Bergaduh, Jiran Bina Tembok Setinggi 2.5 Meter Tutup Jalan Keluar

20-12-2022 06:12 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3043| Komen: 16

Satu keluarga 'terperangkap' selama kira-kira 10 jam selepas laluan keluar masuk di rumah mereka ditutup oleh jirannya.

Pembinaan tembok setinggi 2.5 meter itu dipercayai berlaku akibat konflik berlarutan antara dua keluarga berkenaan.


Kejadian pada Isnin itu berlaku di Tulungagung di Jawa Timur, Indonesia.

Pembinaan tembok itu dilakukan oleh keluarga Riyanto menghalang laluan ke rumah keluarga Haryono.


Foto: Slamet Widodo

Rumah Haryono didiami oleh empat orang iaitu Haryono yang berusia 80 tahun dan isterinya, Asmunah, 62, serta anaknya, 30, dan seorang cucu cucu perempuan, 19.

Riyanto mengakui terpaksa menutup jalan masuk itu berikutan konflik dengan keluarga Haryono yang berlarutan sejak tiga tahun lalu.

Keluarga Riyanto kecewa kerana keluarga Haryono menuduh mereka merampas tanah.

Riyanto turut mendakwa keluarga Haryono sering menghina keluarganya.

Salah seorang anak Haryono, Widiastuti berkata, pembinaan tembok tersebut menyebabkan anaknya tidak dapat pergi ke kuliah.

Widiastuti yang dibantu jiran lain terpaksa memanjat tembok tinggi untuk menghantar makanan kepada keluarganya.

Ketua kampung sering menjadi orang tengah bagi menyelesaikan isu tuntutan tanah bersama antara dua keluarga tersebut.

Bagaimanapun, usaha rundingan masih belum mencapai persetujuan bersama.

Pihak pentadbiran dan polis telah membuka laluan jalan untuk dilalui oleh keluarga Haryono.

Sebahagian dinding tembok kemudian dirobohkan bagi membuka semula laluan keluar masuk.-CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote acik79 20-12-2022 07:32 PM
Ntah apa2 perangai
Quote pooh~key 20-12-2022 07:35 PM
Dah alang2 cerita pasal indon ni, akak nak ceritalah juga sis.

Kau orang search la kat youtube kang rudi mandi sis. Comel orangnya boleh buat cuci mata sis.
Quote imanjannah 20-12-2022 07:43 PM
mcm. pernah baca cite ni
Quote Belibis 20-12-2022 07:45 PM
imanjannah replied at 20-12-2022 07:43 PM
mcm. pernah baca cite ni

Kes dulu tutup pakai zing sebab takut kobid kan?? Ke kes mana?
Quote batmana 20-12-2022 09:47 PM
sanggup simen malam2 dipayungi cahaya tepon aja..hahahaha
Quote Carcosa 20-12-2022 10:21 PM
Bodo sbb byk mkn bakso.
Ko dah susah2 buat, the kena pecahkan. Bazir duitje, bodo. Kalau kaya takpe jgk
Quote Mamagarik 20-12-2022 10:23 PM
Mana ya @tumpanglalu74, lama dah tak nampak dia tepek benders atau cop 'berita caprut'
Quote CikYaYaYa 20-12-2022 10:39 PM
Bab kataa P.Ramlee "Tua-tua pun bodoh"
Quote rosedemon 21-12-2022 07:18 AM
caprut priska mmg mcam ni
Quote akies 21-12-2022 07:20 AM
Perangai org indon
Quote bulalof 21-12-2022 07:30 AM
memang low class betul indon ni.
Quote Kurex 21-12-2022 07:33 AM
Selalunya indon yg nama belakang dia ada to to ni perangai teramat caprut
Quote eizarz 21-12-2022 06:41 PM
sedara @Friska ape nk heran
Quote sailormars 21-12-2022 07:35 PM
pelik2 je perangai
Quote shernazz 2-12-2024 08:40 AM
Jiran depan bengang le kena hina..
Amek.kau..rupanya jalan masuk menumpang tanah dia...
Sekali tutup..menggelupur.lah...

Jiran2 kena toleransi lah...kau cakap dia rampas tanah bagai..tapi kau tak fikir ka..jalan masuk kau kat depan rumah dia?
Hahaha

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 03:20 AM GMT+8 , Processed in 0.205448 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top